Resipi sweet potato fries ini lebih sedap dari ubi kentang biasa. Rasanya lebih manis dan rangup.
Ia juga sesuai dijadikan kudapan minum petang untuk anak-anak kerana dijamin bebas pewarna dan perasa tiruan.
Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah nanti ya. Lebih jimat berbanding makan di kedai!
Baca juga: Resipi Jejari Kentang Cheese Untuk Kudapan Anak, Guna Bahan Mudah Je!
RESEPI SWEET POTATO FRIES HOMEMADE
Bahan-bahan:
- Ubi keledek oren
- Tepung goreng serbaguna adabi
- Minyak masak
Cara-cara:
1. Kupas ubi keledek dan potong bentuk jejari macam kentang goreng yang biasa dimakan itu.
2. Basuh bersih dan toskan sekejap. Biarkan sedikit basah supaya tepung melekat pada kentang.
3. Tepung goreng serbaguna adabi ini tidak perlu letak garam atau apa-apa perasa.
4. Taburkan tepung ke atas ubi keledak. Gaul sedikit saja supaya teksturnya kasar. Pastikan jangan terlalu basah atau terlalu kering.
5. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Kawal api untuk elak hangus.
6. Sedia untuk dimakan waktu panas-panas. Jika sejuk, kentang akan jadi lemau.
Tips: Selepas digaul dengan tepung, terus goreng di dalam minyak panas. Jika lambat digoreng, kentang akan melekat.
Kredit resipi dan gambar: Zulhairi Ahmad
Baca juga: Cara Buat Kentang Goreng Homemade Untuk Anak, Lagi Sihat & Selamat Tanpa Bahan Pengawet