Categories: Resipi

Resipi Sup Tulang Paling Simple, Gerenti Sedap Macam Dekat Kedai!

Kalau anda tengah mencari resepi sup tulang simple yang sedap, inilah resipi yang paling sesuai untuk dicuba.

Bahan-bahannya mudah, cara memasaknya pun ringkas, tapi hasilnya cukup beraroma dengan rasa rempah yang meresap pada daging.

Memang puas hati bila dapat hirup kuah panas-panas. Makan dengan nasi putih pula sedap bukan main lagi!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

RESEPI SUP TULANG SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang (dibersihkan bersama sedikit perahan limau nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 4-5 sudu besar serbuk sup
  • Air secukupnya
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • 2-3 biji kentang (potong sederhana)
  • 1 batang saderi (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Sedikit lada sulah
  • Daun sup (dihiris)
  • 6-7 ulas bawang merah (dihiris) untuk bawang goreng

Cara memasak:

  1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serbuk sup dan sedikit air hingga halus.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang.
  4. Tambahkan air sehingga melebihi paras tulang, kemudian masukkan rempah 4 sekawan.
  5. Didihkan sup.
  6. Jika daging pada tulang masih keras, tambah air dan teruskan mendidihkan sehingga daging lembut.
  7. Setelah daging empuk, masukkan kentang dan hirisan batang saderi.
  8. Perasakan dengan garam, ajinomoto (jika guna) dan sedikit lada sulah. Gaul rata dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
  9. Bila kentang sudah lembut dan daging cukup empuk, masukkan daun sup. Kacau rata dan kecilkan api.
  10. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang dihiris hingga wangi serta garing (jangan sampai hangus).
  11. Tuangkan bawang goreng bersama sedikit minyaknya ke dalam sup tulang (ini dipanggil tumis darat).
  12. Sup tulang siap untuk dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar: Har Ryea

Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Kaw & Padu Ini Wajib Cuba Di Rumah!

Wan N

Recent Posts

Warna Kulit Pisang Tentukan Cara Guna, Mana Satu Sedap Dimakan Terus & Mana Satu Sesuai Buat Kek

Warna kulit pisang sebenarnya boleh memberitahu tahap kematangan dan kegunaan buah tersebut. Ramai yang terus…

6 hours ago

Resipi Agar-Agar Cendol Lembut Berkrim Dengan Lapisan Gula Kabung, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Resepi agar agar cendol ini sesuai dicuba untuk peminat pencuci mulut tradisional yang sukakan rasa…

7 hours ago

Telur Rebus 25 Minit Ini Jadi Viral, Kuningnya Gebu & Kenyal Persis Mochi!

Telur rebus separuh masak sentiasa menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang…

9 hours ago

Resipi Kerabu Sotong, Nampak Ringkas Tapi Ada ‘Petua’ Supaya Tekstur Kekal Lembut & Tak Liat

Resepi kerabu sotong ini sesuai untuk yang suka hidangan seafood yang ringkas tetapi tetap penuh…

9 hours ago

Resipi Lauk Kampung Ikan Masin Kurau Cili Api, Bau Tumisan Saja Pun Dah Mengundang Selera

Bagi penggemar lauk kampung, ikan kurau masin cili api antara menu ringkas yang cukup membuka…

12 hours ago

Kek Oren Blender Tanpa Perlu Perah Jus, Kisar Sebiji Oren Terus Jadi Gebu Dan Harum

Kek oren blender menjadi pilihan ramai kerana penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak langkah.…

12 hours ago