resepi sup tulang simple

Kalau anda tengah mencari resepi sup tulang simple yang sedap, inilah resipi yang paling sesuai untuk dicuba.

Bahan-bahannya mudah, cara memasaknya pun ringkas, tapi hasilnya cukup beraroma dengan rasa rempah yang meresap pada daging.

Memang puas hati bila dapat hirup kuah panas-panas. Makan dengan nasi putih pula sedap bukan main lagi!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

RESEPI SUP TULANG SIMPLE

resepi sup tulang simple

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang (dibersihkan bersama sedikit perahan limau nipis)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 4-5 sudu besar serbuk sup
  • Air secukupnya
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • 2-3 biji kentang (potong sederhana)
  • 1 batang saderi (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Sedikit lada sulah
  • Daun sup (dihiris)
  • 6-7 ulas bawang merah (dihiris) untuk bawang goreng

Cara memasak:

  1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serbuk sup dan sedikit air hingga halus.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tulang.
  4. Tambahkan air sehingga melebihi paras tulang, kemudian masukkan rempah 4 sekawan.
  5. Didihkan sup.
  6. Jika daging pada tulang masih keras, tambah air dan teruskan mendidihkan sehingga daging lembut.
  7. Setelah daging empuk, masukkan kentang dan hirisan batang saderi.
  8. Perasakan dengan garam, ajinomoto (jika guna) dan sedikit lada sulah. Gaul rata dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
  9. Bila kentang sudah lembut dan daging cukup empuk, masukkan daun sup. Kacau rata dan kecilkan api.
  10. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang dihiris hingga wangi serta garing (jangan sampai hangus).
  11. Tuangkan bawang goreng bersama sedikit minyaknya ke dalam sup tulang (ini dipanggil tumis darat).
  12. Sup tulang siap untuk dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar: Har Ryea

Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Kaw & Padu Ini Wajib Cuba Di Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN