Pelbagai versi kari ayam yang ada di Malaysia, tapi bila sampai ke Kari Ayam Kapitan Nyonya, lain macam auranya. Paling menarik, resipinya taklah susah seperti yang disangka.
Kari Ayam Kapitan Nyonya ialah sejenis masakan warisan Peranakan atau Nyonya yang cukup popular, terutama di Pulau Pinang dan Melaka. Hidangan ini terkenal dengan kuahnya yang pekat, beraroma rempah, ada rasa lemak santan, pedas cili dan sedikit masam daripada asam jawa atau limau.
Liza Idris kongsikan cara mudah masak Kari Ayam Kapitan Nyonya di Facebook, sesuai untuk yang baru nak belajar memasak ataupun nak cuba sesuatu yang berbeza dari kari biasa.
Baca juga: Mee Kari Nyonya, Kuah Sedap Luar Biasa Sampai Mak Mentua Minta Resipi
Bahan utama:
Bahan kisar:
Bahan lain:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong ayam dengan kecil, gaul garam kunyit dan goreng sampai masak, angkat dan ketepikan.
2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
4. Seterusnya, masukkan ayam goreng tadi dan kacau sebati.
5. Masukkan air asam jawa, kemudian tuang santan dan air.
6. Perasakan dengan garam dan gula, kemudian kacau sampai kuah pekat.
7. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan ketumbar. Siap untuk dihidang!
Bayangkan makan dengan nasi panas-panas, atau cicah dengan roti, memang nikmat tak terhingga. Jika hidangkan untuk keluarga di rumah, pasti mereka puji tak berhenti nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Liza Idris
Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…