resepi sup thai daging

Kalau anda sedang mencari resepi sup thai daging yang mudah dibuat tetapi rasa macam makan di restoran Thai, wajib cuba versi ini. Kuahnya cukup rasa masam, pedas dan beraroma, memang membuka selera lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas waktu hujan.

Gabungan daging cincang bersama perencah sup ala Siam menjadikan sup ini lebih “kaw”, pekat dan sedap. Menariknya, cara penyediaannya juga sangat ringkas dan tak guna bahan yang terlalu rumit. Sesuai untuk dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Baca juga: Cara Viral Rebus Daging Guna Periuk Nasi, Memang Empuk Walaupun Tanpa Pressure Cooker

RESEPI SUP THAI DAGING CINCANG ALA RESTORAN THAI

resepi sup thai daging

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging cincang
  • 1 paket perencah sup ala Siam
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 akar ketumbar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 biji tomato – dipotong
  • 5 hingga 6 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Jus limau nipis
  • Daun ketumbar dan daun bawang
  • Cili padi jika mahu lebih pedas

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan akar ketumbar sehingga halus. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan pecah minyak.

2. Masukkan daging cincang

Masukkan daging cincang dan kacau sehingga berubah warna serta masak sepenuhnya. Biarkan seketika sehingga keluar sedikit minyak daripada daging untuk rasa kuah lebih sedap.

3. Reneh kuah sup

Tuang air secukupnya dan masukkan perencah sup ala Siam bersama tomato. Biarkan mendidih kemudian reneh selama 15 hingga 20 minit supaya rasa rempah lebih sebati.

4. Perasakan ikut citarasa

Tambah garam, sedikit gula dan jus limau nipis bagi mendapatkan rasa masam pedas yang seimbang dan menyelerakan.

5. Sedia untuk dihidang

Akhir sekali, taburkan daun ketumbar, daun bawang serta cili padi sebelum dihidangkan panas-panas.

Tip Sup Thai Daging Lagi Sedap

  • Gunakan daging cincang yang mempunyai sedikit lemak supaya kuah lebih berlemak dan
  • berperisa.
  • Masukkan jus limau selepas tutup api untuk mengekalkan rasa segar dan wangi.
  • Jika suka pedas menyengat, boleh tambah cili padi yang diketuk.
  • Reneh sup lebih lama untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat dan mesra rempah.

Resepi sup thai daging ini memang sesuai untuk anda yang suka hidangan berkuah masam pedas ala Thai. Dengan bahan yang mudah dan cara masak yang ringkas, hasilnya memang puas hati. Kuah panas bersama daging cincang lembut memang buat makan bertambah nasi.

Kalau sekali cuba, memang nak masak lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: Yunnii Adzhaa

Baca juga: Resepi Daging Belengas Lembut & Berperisa, Sedap Dinikmati Dengan Nasi Panas Atau Roti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN