Categories: Resipi

Resipi Sup Sayur Sawi Yang Ringkas & Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur, Sedap Berkhasiat!

Resepi sup sayur sawi antara hidangan yang paling mudah dan cepat untuk disediakan, tapi rasanya tetap sedap dan menyegarkan. Sesuai sangat bila anda tengah sibuk tapi nak hidangan berkhasiat untuk keluarga.

Menu ini tak perlukan bahan yang mahal atau rumit. Dengan beberapa bahan asas di dapur, anda dah boleh masak sup yang enak dan wangi. Lebih-lebih lagi, sup sayur sawi ini sesuai untuk semua peringkat umur, dari anak-anak hingga orang dewasa.

Selain mudah disediakan, sup ini juga fleksibel. Bolrh tambah telur untuk protein, tomato untuk rasa masam manis atau cili untuk pedas sikit pun boleh. Semua bergantung pada cita rasa anda.

Baca juga: Resipi Sayur Campur Dengan Tauhu Telur, Ikut Cara Ini Campak-Campak Saja!

RESEPI SUP SAYUR SAWI

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah* (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih* (dicincang)
  • 1 ikat sayur sawi (dipotong)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • 1 biji cili besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 4 cawan air

*Bahan ini ditumis untuk menaikkan aroma sup.

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, kemudian tambah batang sawi dan telur. Biarkan sup mendidih perlahan-lahan.
  3. Setelah mendidih, masukkan daun sawi, tomato, dan cili jika mahu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut selera.
  4. Biarkan sup mendidih sebentar sehingga semua bahan masak sepenuhnya.
  5. Sup sayur sawi siap untuk dihidang. Nikmati ketika panas bersama nasi putih atau roti kegemaran anda.

Sumber: Nor Azean Yayan

Baca juga: Sayur Kailan Ikan Masin Siraman Kuah Pekat, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Koktail Sagu Gula Melaka, Rahsia Cantik Berkristal Rupanya Kena Buat Begini!

Koktail sagu gula melaka antara pencuci mulut yang sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Gabungan sagu…

4 hours ago

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Kembali Pada November, Kali Ini Ada 4 Kategori Baharu!

Kempen OhBulan! Paling Viral Online 2.0 kembali untuk edisi kedua pada November ini dengan memperkenalkan…

4 hours ago

Resipi Pad Kra Pao Ayam Thai Ala Kedai Tomyam, Guna Bahan Ringkas Pun Jadi Sedap!

Pad kra pao resepi ini sesuai untuk anda yang menggemari masakan Thai dengan rasa pedas,…

5 hours ago

Rebus Tulang Cepat Empuk, Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Guna Periuk Biasa Je Di Rumah!

Nak masak sup yang sedap tetapi daging pada tulang masih liat? Ada cara rebus tulang…

6 hours ago

Ramai Tak Tahu Petua Sayur Masak Lemak Jadi Lagi Sedap, Bahan INI Kena Tumbuk Dulu!

Resepi sayur masak lemak antara hidangan kampung yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama…

6 hours ago

Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Resipi ayam kicap sedap ini sesuai untuk sesiapa yang suka lauk ayam dengan kuah pekat…

7 hours ago