
Resepi sup sayur sawi antara hidangan yang paling mudah dan cepat untuk disediakan, tapi rasanya tetap sedap dan menyegarkan. Sesuai sangat bila anda tengah sibuk tapi nak hidangan berkhasiat untuk keluarga.
Menu ini tak perlukan bahan yang mahal atau rumit. Dengan beberapa bahan asas di dapur, anda dah boleh masak sup yang enak dan wangi. Lebih-lebih lagi, sup sayur sawi ini sesuai untuk semua peringkat umur, dari anak-anak hingga orang dewasa.
Selain mudah disediakan, sup ini juga fleksibel. Bolrh tambah telur untuk protein, tomato untuk rasa masam manis atau cili untuk pedas sikit pun boleh. Semua bergantung pada cita rasa anda.
Baca juga: Resipi Sayur Campur Dengan Tauhu Telur, Ikut Cara Ini Campak-Campak Saja!
RESEPI SUP SAYUR SAWI

Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang merah* (dihiris)
- 2 ulas bawang putih* (dicincang)
- 1 ikat sayur sawi (dipotong)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- Serbuk perasa (jika suka)
- 1 biji cili besar (dihiris)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 4 cawan air
*Bahan ini ditumis untuk menaikkan aroma sup.
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
- Masukkan air ke dalam periuk, kemudian tambah batang sawi dan telur. Biarkan sup mendidih perlahan-lahan.
- Setelah mendidih, masukkan daun sawi, tomato, dan cili jika mahu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut selera.
- Biarkan sup mendidih sebentar sehingga semua bahan masak sepenuhnya.
- Sup sayur sawi siap untuk dihidang. Nikmati ketika panas bersama nasi putih atau roti kegemaran anda.
Sumber: Nor Azean Yayan
Baca juga: Sayur Kailan Ikan Masin Siraman Kuah Pekat, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














