resepi sup ikan

Resepi sup ikan sebenarnya cukup mudah, namun kadang-kadang boleh mencabar sebab nak pastikan ikan tak hancur. Tapi dengan beberapa tips mudah, kita boleh buat sup ikan yang sedap tanpa risau ikan jadi berkecai.

Tip paling penting untuk pastikan ikan tak hancur dalam sup adalah dengan masak kuahnya dulu. Pastikan semua bahan siap dan biarkan kuah mendidih sebelum masukkan ikan. Ini penting sebab ikan cepat hancur kalau masak terlalu lama atau kacau selalu.

Bila kuah dah mendidih, baru masukkan ikan dengan berhati-hati. Jangan kacau ikan terlalu kerap, kacau perlahan-lahan dan bila perlu saja untuk elak ikan dari hancur.

Jika ingin mengetahui resipi dengan lebih lengkap, jom baca perkongsian oleh Puan Annida Ammar di bawah.

Baca juga: Sup Telur Suun Kegemaran Anak, Resipi Mudah Dimasak & Cepat Siap

RESEPI SUP IKAN MERAH

resepi sup ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kayu manis
  • Garam
  • Daun sup
  • Lobak
  • Sedikit air
  • Minyak masak (3 sudu)

Cara-cara:

  1. Masukkan minyak dan kayu manis.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan halia. Tumiskan sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam dan air. Biarkan menggelegak.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan. Jangan dibalik-balikkan ikan supaya tidak hancur.
  5. Akhir sekali, masukkan lobak dan daun sup.

RESIPI SAMBAL KICAP

Bahan-bahan:

  • Lada api
  • Bawang putih
  • Kicap Jalen masin
  • Gula
  • Limau (perahkan jus dan hiris halus kulitnya)

Cara-cara:

  1. Tumbuk lada api dan bawang putih.
  2. Masukkan kicap masin dan gula, perahkan limau.
  3. Hiris halus kulit limau dan masukkan sekali dalam sambal tersebut. Tumbuk lebih sedap berbanding menggunakan pengisar.
  4. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Annida Ammar

Baca juga: Cara Masak Sup Tulang & Daging, Resipi Super Mudah & Sangat Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN