resepi sup darat

Jika tengah selesema, demam atau rasa tak sedap badan, tiada menu lebih sesuai daripada semangkuk sup panas. Kali ini, kami kongsikan resepi Sup Darat mudah yang sedap.

Sup Darat sebenarnya sup ayam kampung, cara ringkas yang selalu orang Kelantan dan Terengganu buat. Namanya ‘darat’ kerana cara memasaknya tak ditumis dan tanpa minyak.

Resepi Sup Darat yang dikongsikan oleh Nur Amalyna Zuraidi di Facebook ini memang cukup mudah dan hasil kuahnya pasti membuatkan badan anda rasa lega. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Beli!

RESEPI SUP DARAT

resepi sup darat

Bahan-bahan:

  • Ayam (ikut suka nak banyak mana)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Beberapa biji lada (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • Kentang secukupnya (dipotong)
  • Garam dan sedikit serbuk perasa (ikut selera)

Bahan sambal hirisan untuk penambah rasa:

  • Bawang merah (ditumbuk kasar)
  • Lada (ditumbuk kasar)
  • Asam limau
  • Daun ketumbar jawa, daun sup atau ketumbar biasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan ayam, serai, bawang putih, lada, halia dan kentang ke dalam periuk.

resepi sup darat

2. Selepas itu, tambahkan air secukupnya (ikut suka nak banyak kuah atau sedikit).

3. Kemudian, rebus sampai kuah mendidih dan ayam masak sempurna.

4. Seterusnya, perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa.

5. Sementara itu, sediakan dalam mangkuk dengan bawang merah tumbuk, lada tumbuk, air asam limau dan daun ketumbar.

6. Apabila sup sudah masak, tuang kuah panas ke dalam mangkuk tadi. Siap untuk dihidangkan!

Resepi Sup Darat ini sesuai untuk semua orang dan boleh dimasak pada bila-bila masa. Tak perlu tunggu sakit baru nak buat, makan dengan nasi panas sudah cukup mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Amalyna Zuraidi

Baca juga: Resepi Sup Ayam Thai Paling Padu, Hirup Kuah Sampai Tak Toleh Kiri Kanan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN