resepi sup ayam mudah

Sup Ayam antara menu klasik yang tak pernah lapuk dek zaman. Apabila dapat tahu ada resepi Sup Ayam mudah dengan petua kuah rasa ringan, terus tak sabar nak mencubanya.

Sebut saja Sup Ayam, pasti terbayang bau wangi tumisan bawang, isi ayam yang lembut dan kuah yang cukup rasa, tak terlalu berat atau kosong. Tapi, nak dapat sup ayam yang kuahnya ringan ini ada petuanya.

Jika anda pernah masak Sup Ayam tapi rasa kuahnya seperti pekat berminyak, selepas ini bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Farah Atika di Facebook untuk dapatkan hasil kuah ringan pula.

Baca juga: Sup Ayam Sedap Buat Tumis Darat, Menu Simple Tapi Rasa Tak Ingat Dunia

RESEPI SUP AYAM MUDAH

resepi sup ayam mudah

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah kasar 4 sekawan dan sebiji tomato.

*Jika masukkan tomato semasa tumis, rasa sup akan jadi lebih umami dan kuah jadi lebih sedap nanti.

2. Apabila bahan-bahan sudah layu dan naik bau wangi, masukkan ayam.

3. Selepas itu, tambahkan air dan masukkan lobak merah. Jika ada kentang, boleh masukkan sekali.

4. Apabila air sudah menggelegak, masukkan kiub pati ayam.

5. Apabila ayam sudah masak empuk, masukkan lagi sebiji tomato dan daun sup.

6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Cara memasaknya ringkas saja, jadi agak sesuai untuk orang bujang, mak-mak yang sibuk bekerja atau siapa saja yang nak menu ringkas tapi menyelerakan di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resepi Sup Ayam Thai Paling Padu, Hirup Kuah Sampai Tak Toleh Kiri Kanan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN