sup ayam sedap

Apabila badan rasa letih, mesti tekak teringin nak makan hidangan yang panas-panas dan beraroma. Pilihan paling tepat, semestinya Sup Ayam sedap dengan cara tumis darat.

Sup ini bukan seperti sup yang biasa kita selalu makan. Apa yang membuatkannya istimewa adalah cara tumis darat, iaitu bahan tumisan dimasak asing kemudian dicurah ke dalam sup.

Hasnah Ahmad telah kongsikan cara memasak Sup Ayam Tumis Darat di Facebook dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Telur Simple Dari Seorang Ayah, Air Tangan Yang Tiada Tandingnya

RESIPI SUP AYAM SEDAP TUMIS DARAT

sup ayam sedap

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan ayam yang sudah dibasuh bersih ke dalam kuali atau periuk.

2. Kemudian, masukkan air dan rebus ayam selama 15 minit.

3. Selepas itu, masukkan sekali sup bunjut, halia, kayu manis, garam dan serbuk lada hitam.

4. Seterusnya, masukkan lobak merah, kentang dan cili padi yang telah dipotong.

sup ayam sedap

5. Setelah itu, taburkan daun sup dan biarkan sebentar.

6. Bagi menumis, guna kuali lain dan panaskan sedikit minyak masak.

7. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah sampai keperangan.

8. Akhir sekali, tuang bahan tumisan ke dalam sup. Siap untuk dihidang!

Tak payah guna banyak bahan pun, anda sudah boleh masak Sup Ayam sedap untuk keluarga. Cara tumis darat itu bukan setakat buat kuah jadi wangi, malah rasanya padu apabila dihirup.

Selamat mencuba!

Sumber: Hasnah Ahmad

Baca juga: Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut, Guna Bahan Mudah Tapi Tetap Rasa ‘Kick’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN