Categories: Resipi

Resepi Suhun Goreng Cili Padi, Menu Ringkas Yang Mengundang Selera!

Buat anda yang sudah biasa memasak di dapur pasti tahu tentang suhun yang selalu dijadikan bahan sampingan dalam sayur. Tapi siapa sangka adanya resepi Suhun Goreng yang sedap?

Ramai yang sering keliru kerana rupa bentuk suhun lebih kurang sama seperti bihun, sedangkan tekstur dan cara memasak sangat berbeza.

Suhun dibuat daripada pati kacang hijau, tapi ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang. Bihun pula adalah sejenis mi halus yang dibuat daripada tepung beras.

Sekarang ramai yang cuba kreatif dalam memasak dan Tun Telani juga tak ketinggalan untuk kongsikan resepi Suhun Goreng Cili Padi di blognya.

Baca juga: Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur

RESEPI SUHUN GORENG CILI PADI

Bahan-bahan:

  • 1 paket suhun (200g)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 biji cili padi (ditumbuk)
  • ½ cawan isi ayam (dihiris)
  • ½ cawan isi udang
  • 5 biji bebola ikan (dihiris)
  • Sedikit kobis (dipotong halus)
  • 1 batang lobak (disagat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup (hiasan)
  • Cili merah (hiasan)

Cara-cara:

1. Rendam suhun sehingga lembut dan toskan.

2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga naik bau.

3. Masukkan isi ayam, udang dan bebola ikan, kemudian tumis sehingga masak.

4. Masukkan sayuran pilihan, sos tiram, dan kicap, kemudian gaul rata dan masak sehingga lembut.

5. Masukkan suhun dan minyak bijan, kemudian gaul sebati.

6. Perasakan garam dan tabur daun sup dan cili merah sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi putih, anda juga boleh makan dengan begitu saja seperti bihun goreng.

Resepi Suhun Goreng Cili Padi ini sangat sesuai dijadikan hidangan buat seisi keluarga di rumah. Sudah rasa sekali, pasti nak buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Tun Telani

Baca juga: Resipi Suhun Goreng Pengganti Bihun, Lebih Sihat Sesuai Untuk Diet!

Aimi

Recent Posts

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

20 mins ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

27 mins ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

42 mins ago

Ikan Masak Kicap Nampak Biasa, Tapi Rasa Kuahnya Memang Boleh Buat Ketagih!

Masak ikan kicap boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan malam bersama keluarga. Gabungan rasa manis…

47 mins ago

Tak Perlu Banyak Air, Wanita Ini Kongsi Cara Rebus Ikan Guna Setengah Cawan Air Saja!

Cara masak ikan rebus simple ini mungkin sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana hanya menggunakan setengah…

2 hours ago

Resepi Sambal Tumis Udang Guna Pes Segera, Tak Perlu Renyah Untuk Makan Tengah Hari!

Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…

4 hours ago