Categories: Resipi

Rahsia Sotong Goreng Kunyit Lembut, Ikut Cara Ini Dijamin Tak Liat Macam Getah!

Mencari resipi sotong goreng kunyit sedap, lembut dan tidak liat? Ramai yang sering menghadapi masalah sotong mengecil dan keras seperti getah setiap kali dimasak.

Sebenarnya, ada teknik rahsia yang boleh memastikan sotong kekal juicy dan saiznya tidak kecut. Jom ikuti perkongsian tips dan resipi mudah oleh Puan Eny Abdullah di bawah!

Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kicap Butter, Cara Ringkas Tapi Padu Habis!

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT SEDAP

Bahan-bahan utama:

  • Sotong segar (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram (1-2 sudu besar)
  • Sedikit Air

Bahan tumis (dihiris):

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan sayuran & tambahan:

  • Lobak merah (dihiris memanjang)
  • Kacang panjang (dipotong)
  • Jagung muda (baby vorn)
  • Cili padi (untuk rasa pedas)
  • Tomato (dibelah)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam penapis. Taburkan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata dan biarkan seketika. Menggunakan penapis membantu air lebihan sotong keluar supaya masakan tidak terlalu berair nanti.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan sedikit layu.
  3. Masukkan lobak merah terlebih dahulu kerana ia mengambil masa sedikit lama untuk lembut. Tambahkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan sehingga lobak merah agak empuk.
  4. Seterusnya, masukkan jagung muda, kacang panjang dan cili padi. Perasakan dengan garam secukupnya. Gaul rata sehingga sayuran separuh masak.
  5. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah diperap dengan kunyit tadi.
  6. Masak sotong dalam tempoh yang singkat sahaja. Sebaik sahaja sotong kelihatan kembang (membuncit), terus masukkan tomato, gaul sekilas dan tutup api dengan segera.

Dengan mengikuti teknik ini, sotong goreng kunyit anda akan jadi sangat lembut, juicy dan tidak liat lagi.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Sotong Kukus Limau Paling Simple, Ikut Resipi Ini Pasti Selera Tergoda

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

9 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

9 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

9 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

9 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

11 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

12 hours ago