
Mencari resipi sotong goreng kunyit sedap, lembut dan tidak liat? Ramai yang sering menghadapi masalah sotong mengecil dan keras seperti getah setiap kali dimasak.
Sebenarnya, ada teknik rahsia yang boleh memastikan sotong kekal juicy dan saiznya tidak kecut. Jom ikuti perkongsian tips dan resipi mudah oleh Puan Eny Abdullah di bawah!
Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kicap Butter, Cara Ringkas Tapi Padu Habis!
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT SEDAP

Bahan-bahan utama:
- Sotong segar (dibersihkan dan dipotong bulat)
- Serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Sos tiram (1-2 sudu besar)
- Sedikit Air
Bahan tumis (dihiris):
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
Bahan sayuran & tambahan:
- Lobak merah (dihiris memanjang)
- Kacang panjang (dipotong)
- Jagung muda (baby vorn)
- Cili padi (untuk rasa pedas)
- Tomato (dibelah)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam penapis. Taburkan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata dan biarkan seketika. Menggunakan penapis membantu air lebihan sotong keluar supaya masakan tidak terlalu berair nanti.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan sedikit layu.
- Masukkan lobak merah terlebih dahulu kerana ia mengambil masa sedikit lama untuk lembut. Tambahkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan sehingga lobak merah agak empuk.
- Seterusnya, masukkan jagung muda, kacang panjang dan cili padi. Perasakan dengan garam secukupnya. Gaul rata sehingga sayuran separuh masak.
- Akhir sekali, masukkan sotong yang telah diperap dengan kunyit tadi.
- Masak sotong dalam tempoh yang singkat sahaja. Sebaik sahaja sotong kelihatan kembang (membuncit), terus masukkan tomato, gaul sekilas dan tutup api dengan segera.
Dengan mengikuti teknik ini, sotong goreng kunyit anda akan jadi sangat lembut, juicy dan tidak liat lagi.
Sumber: Resepi Eny Abdullah
Baca juga: Sotong Kukus Limau Paling Simple, Ikut Resipi Ini Pasti Selera Tergoda
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














