Categories: Resipi

Resipi Sosej Telur Sambal, Guna Bahan Ringkas Pun Boleh Jadi Lauk Padu!

Kalau nak jimat, tak semestinya tak boleh masak makanan yang sedap. Jika dalam peti ada telur dan sosej, dah boleh cuba satu menu yang lazat iaitu resepi sosej telur.

Hidangan ini memang penyelamat bila tengah hujung bulan atau malas nak keluar beli lauk. Ringkas, cepat siap dan tetap boleh buat perut kenyang.

Selain dimakan dengan nasi, sosej telur ini juga sedap makan dengan roti. Nak versi kanak-kanak pula, kurangkan sambal dan tambahkan sedikit sos tomato.

Baca juga: Resipi Telur Bistik ‘Campak-Campak’ Tapi Serius Sedap, Sesuai Untuk Hari Malas Masak!

RESEPI SOSEJ TELUR SAMBAL

Bahan-bahan:

  • Beberapa batang sosej (dipotong kecil)
  • 3-4 biji telur
  • 1-2 sudu besar sambal serbaguna (boleh guna sambal segera atau sambal tumis)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Kicap manis (untuk hidangan nasi)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng sosej sekejap hingga keperangan.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan sambal serbaguna. Kacau rata.
  3. Tuangkan campuran telur ke dalam kuali berisi sosej tadi. Masak atas api sederhana.
  4. Kacau perlahan supaya telur masak sekata dan tidak terlalu kering.
  5. Bila dah masak elok, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
  6. Kalau nak lebih sedap, siram sedikit kicap atas nasi sebelum makan.

Lauk ini bukan saja cepat siap, tapi juga sesuai untuk sarapan, bekal sekolah atau makan malam ekspres. Ratah dengan roti pun padu!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

Wan N

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 hour ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

6 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

6 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

7 hours ago