
Kalau nak jimat, tak semestinya tak boleh masak makanan yang sedap. Jika dalam peti ada telur dan sosej, dah boleh cuba satu menu yang lazat iaitu resepi sosej telur.
Hidangan ini memang penyelamat bila tengah hujung bulan atau malas nak keluar beli lauk. Ringkas, cepat siap dan tetap boleh buat perut kenyang.
Selain dimakan dengan nasi, sosej telur ini juga sedap makan dengan roti. Nak versi kanak-kanak pula, kurangkan sambal dan tambahkan sedikit sos tomato.
Baca juga: Resipi Telur Bistik ‘Campak-Campak’ Tapi Serius Sedap, Sesuai Untuk Hari Malas Masak!
RESEPI SOSEJ TELUR SAMBAL

Bahan-bahan:
- Beberapa batang sosej (dipotong kecil)
- 3-4 biji telur
- 1-2 sudu besar sambal serbaguna (boleh guna sambal segera atau sambal tumis)
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- Kicap manis (untuk hidangan nasi)
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng sosej sekejap hingga keperangan.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan sambal serbaguna. Kacau rata.
- Tuangkan campuran telur ke dalam kuali berisi sosej tadi. Masak atas api sederhana.
- Kacau perlahan supaya telur masak sekata dan tidak terlalu kering.
- Bila dah masak elok, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
- Kalau nak lebih sedap, siram sedikit kicap atas nasi sebelum makan.
Lauk ini bukan saja cepat siap, tapi juga sesuai untuk sarapan, bekal sekolah atau makan malam ekspres. Ratah dengan roti pun padu!
Sumber: Roha Adrinna
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














