sambal hijau resepi

Kalau suka sambal yang pedas-pedas syahdu tapi tak terlalu menyengat, wajib cuba sambal hijau resepi mudah ini.

Rasa dia seimbang dari segi pedas, masin dan lemak ikan bilis semua cukup! Tak pelik kalau ramai yang kata sambal ini buat ketagih sebab boleh masuk dengan apa saja lauk.

Sambal hijau ini juga tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk. Kalau ada yang nak cuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet Paling Padu, Pedas Menyengat & Serbaguna!

SAMBAL HIJAU RESEPI RINGKAS TAPI PADU

sambal hijau resepi

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Cili besar (untuk seimbangkan rasa pedas)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa atau kiub ayam

Cara-cara:

  1. Kisar kasar cili padi, cili besar, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis menggunakan chopper. Tak perlu tambah air.
  2. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian tumis bahan kisar hingga warnanya sedikit gelap dan air bawang kering.
  3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa atau kiub ayam secukupnya.
  4. Gaul rata dan teruskan menumis sekejap hingga sambal betul-betul garing.
  5. Bila dah sejuk, simpan sambal dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

Baca juga: Resepi Sambal Balado Ala Indonesia, Padu Sangat Sampai Nasi Goreng Jadi Lebih Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN