
Kalau biasa makan spaghetti bolognese versi standard, kali ini ada satu versi resepi sos bolognese homemade yang sedang viral di Threads dan lain daripada biasa. Perkongsian dari pengguna _memekhlust ini mengejutkan ramai apabila beliau menambah budu dalam sos bolognese untuk naikkan rasa umami.
Hasilnya, sos jadi lebih pekat, lebih “deep” dan ada rasa savoury yang buat ramai kata sedap sampai tak cukup satu pinggan.
Baca juga: Resepi Sos Sukiya Homemade, Sedap Buat Untuk Pencicah Makanan Apa Saja!
APA MENARIK TENTANG RESEPI SOS BOLOGNESE HOMEMADE INI?

Walaupun ini bukan versi authentic Itali, resepi sos bolognese homemade ini lebih fokus pada:
- Kemudahan masak (guna bahan ringkas dan sos instant)
- Rasa lebih kaya dan berlapis
- Sentuhan lokal yang unik dengan penggunaan budu
Budu bertindak seperti anchovy sauce memberi rasa masin, umami dan “kick” yang buat sos jadi lebih sedap daripada biasa.
Bahan-bahan:
- 1 paket minced meat (daging cincang)
- 1 biji bawang besar / bawang holland
- 3–4 ulas bawang putih
- Cili padi (pilihan, jika suka pedas)
- 1 botol / paket sos bolognese instant
- 1–2 sudu besar budu
- 2 sudu besar cream masakan
- 1 kiub daging atau ayam (optional)
- Daun bay
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- Herbs kering (oregano / mixed herbs)
- Sedikit air rebusan pasta
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih serta cili padi hingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang dan masak hingga air kering.
3. Tuangkan sos bolognese instant dan kacau rata.
4. Masukkan garam, lada hitam, herbs dan daun bay.
5. Tambah kiub daging atau ayam jika mahu rasa lebih padu.
6. Masukkan cream untuk tekstur lebih creamy dan smooth.
7. Rahsia utama resepi sos bolognese homemade ini: tambah 1–2 sudu besar budu.
8. Kacau sebati dan tambah sedikit air rebusan pasta untuk pekatkan sos.
9. Rasa dan adjust ikut selera. Siap!
Kenapa Budu Buat Sos Lagi Sedap?
Dalam resepi sos bolognese homemade ini, budu berfungsi sebagai:
- Penambah rasa umami semula jadi
- Pengganti Worcestershire sauce
- “Flavor booster” yang buat sos lebih kompleks
Walaupun nampak pelik, kombinasi ini buat sos rasa lebih “deep” dan berlapis.
Hasil Akhir Yang Ramai Tak Sangka
Walaupun guna bahan mudah dan sos instant, versi ini menghasilkan:
- Sos lebih pekat dan berperisa
- Rasa umami yang kuat
- Aroma lebih “restaurant-style”
Ramai yang mencuba kata ini antara resepi sos bolognese homemade paling senang tapi paling sedap untuk dibuat di rumah.
Disclaimer:
Resipi ini bukan versi authentic bolognese Itali. Ia merupakan adaptasi mudah mengikut citarasa tempatan dengan tambahan bahan seperti budu untuk menaikkan rasa umami.
Selamat mencuba!
Sumber: _memekhlust
Baca juga: Resipi Spaghetti Bolognese Berkuah ‘Style Melayu’, Rasa Lemak Berempah Sekali Cuba Terus Nak Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














