resepi spaghetti bolognese

Resepi spaghetti bolognese ini memang lain daripada biasa kerana diolah mengikut citarasa Melayu yang lebih berempah dan berkuah. Kalau sebelum ini anda kurang gemar spaghetti sebab rasa terlalu ‘western’, versi ini mungkin akan ubah selera anda terus jadi suka!

Perkongsian daripada Hafizah Ahmad ini menggunakan bahan ringkas seperti cili boh untuk naikkan rasa jadi lebih padu. Hasilnya, kuah lebih ‘kick’, sedikit pedas dan memang ngam dengan tekak kita.

Baca juga: Spaghetti Goreng Basah Menggiurkan, Cepat Siap Dalam Masa Kurang 20 Minit Saja

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE BERKUAH CARA MELAYU

resepi spaghetti bolognese

Bahan-bahan:

  • Spaghetti
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2–3 sudu cili boh
  • 1 botol sos pasta tomato
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 300g daging hancur
  • Tulang atau ekor lembu (pilihan)
  • Meatball secukupnya
  • Cendawan butang (fresh/tin)
  • Mixed herbs (sedikit sahaja)
  • Serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Capsicum dan tomato (potong dadu)

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus spaghetti hingga lembut, toskan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar hingga naik bau.

3. Masukkan cili boh dan tumis sampai garing serta pecah minyak.

4. Tuang sos pasta dan tomato puri. Kacau sebati dan masak hingga nampak berminyak.

5. Masukkan daging hancur, kacau dan lerai-leraikan.

6. Tambah mixed herbs, lada hitam dan kiub ayam.

7. Masukkan air ikut kepekatan yang diingini, kemudian masukkan tulang atau ekor jika suka.

8. Bila kuah mendidih, masukkan meatball dan cendawan butang.

9. Masukkan capsicum dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula.

10. Masak hingga kuah sedikit pekat dan sebati.

Cara Hidang

Letakkan spaghetti dalam pinggan dan curahkan kuah bolognese di atasnya. Memang puas makan panas-panas!

Tip Penting Resepi Spaghetti Bolognese

  • Nak kuah pekat: kurangkan air.
  • Tak nak versi berkuah: masak lebih lama hingga pekat.
  • Cili boh beri rasa pedas dan ‘Melayu style’.
  • Capsicum masukkan akhir untuk kekalkan tekstur rangup.

Resepi spaghetti bolognese ini memang sesuai untuk anda yang nak cuba sesuatu yang lebih dekat dengan selera tempatan. Sekali cuba, confirm akan ulang masak lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: Hafizah Ahmad

Baca juga: Cara Buat Spaghetti Carbonara Paling Creamy, Sedap Setanding Kedai Western!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN