Bagi anda yang gemar makan sizzling, memang kena belajar buat hidangan ini secara homemade sebab kalau buat sendiri lagi puas makan. Nak tambah lebih ayam atau cendawan pun boleh! Betul tak? Bukan itu sahaja, kita juga boleh buat mengikut citarasa dan lebih menjimatkan. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook.
MyResipi
Nusantara
Medium
1 gulung Yee Mee
2 ketul ayam (potong kecil-kecil)
2 biji cendawan kering (shitake) (rendam hingga kembang dan belah dua)
3 tangkai cili kering (potong 1 inci)
I inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 pokok sawi (siang dan dicelur sekejap)
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
3 cawan air (kalau nak kuah banyak letak air lebih)
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Serbuk lada hitam
Minyak secukupnya
Garam dan perasa
Panaskan minyak dan masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam, kemudian tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.
Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.
Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa. Ikut citarasa sendiri untuk kepekatan kuah.
Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.
Akhir sekali masukkan sawi yang dicelur tadi dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi dan biarkan sehingga masak.
Siramkan lebihan kuah ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Taburkan serbuk lada sulah dan boleh tambah cili potong untuk menambah selera. Siap.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…
Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…
Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…
Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…