resepi singgang ayam

Buat peminat masakan tradisi Pantai Timur, mesti pernah dengar tentang hidangan singgang. Selalunya kita jumpa versi ikan, tapi resepi Singgang Ayam ini pun tak kurang hebatnya.

Resepi Singgang Ayam yang dikongsikan oleh Arbaiyah Sulaiman di Facebook ini sesuai untuk mereka yang sukakan menu ringkas tapi penuh dengan rasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Singgang Daging Terengganu Paling Beraroma, Kuah Masam Pedas Cukup Rasa!

RESEPI SINGGANG AYAM

resepi singgang ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil, bersihkan)
  • 2 biji bawang besar (hiris halus)
  • 1 labu bawang kecil (hiris halus)
  • 2 inci halia (hiris halus)
  • 1 inci lengkuas (hiris halus)
  • 2 inci kunyit hidup (hiris halus)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar atau 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
  • 5 keping asam keping
  • 2 sudu besar budu
  • 5 biji cili kering (potong kasar)
  • 5 biji cili api (patah dua, tambah jika nak lebih pedas)
  • Air (lebih kurang 2 cawan, tambah jika nak berkuah banyak)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, campurkan ayam dengan semua bahan hiris, serai, ketumbar, asam keping, budu, cili kering, cili api, garam dan gula.

2. Selepas itu, gaul rata dan perap selama setengah jam.

3. Masukkan ke dalam periuk dan tambah air, kemudian masak atas api sederhana sampai ayam empuk.

4. Jika nak kuah lebih banyak, tambahkan air secukupnya lagi.

5. Akhir sekali, perasakan semula dengan garam atau gula jika perlu. Siap untuk dihidang!

Jika dimakan dengan sambal belacan atau ulam segar, pasti licin satu pinggan. Resepi Singgang Ayam ini bukan saja ringkas, tapi membawa kenangan makan di kampung.

Selamat mencuba!

Sumber: Arbaiyah Sulaiman

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Yang Luar Biasa, Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN