Sayur kolok atau dipanggil sayur kulit rambai ini merupakan sayur masak lemak cara orang Pantai Timur.
Masakan ini boleh menggunakan pelbagai jenis campuran sayur yang disukai dan tidak terhad kepada jenis sayuran tertentu. Tetapi, gabungan yang paling sedap adalah kulit rambai dan petai.
Cara memasaknya juga cukup mudah. Hanya perlu campurkan semua bahan, lebur dalam periuk dan masak sampai mendidih.
Menu ini juga boleh dikatakan sangat istimewa kerana sukar ditemui di negeri lain, hanya di Pantai Timur sahaja.
Baca juga: Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Paling ‘Simple’, Tapi Sedap Yakmat!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak:
1. Panaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
2. Selepas direbus, sejukkan. Rendam seketika bersama air kapur. Ramas untuk buang airnya dan sejatkan.
3. Satukan saja semua bahan ke dalam periuk dan masak atas api kecil sehingga menggelegak manja.
4. Sedap dimakan dengan pekasam. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mieja Mamat
Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!
Baca juga: Cara Masak Tebu Telur Masak Bening, Sayur Kampung Yang Semakin Dilupakan
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…