resepi sardin goreng kering

Sardin dalam tin merupakan antara menu bajet yang menjadi pilihan ramai di saat sedang berjimat. Namun, selain dari sambal sardin yang sudah biasa dimasak, anda boleh juga cuba resepi sardin goreng kering yang jarang dimasak orang. 

Berikut merupakan bahan-bahan serta cara memasak untuk rujukan anda. Sekali cuba pasti akan menjadi menu wajib pada setiap minggu.

Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh Puan Siti Khadijah Abdul Razak. Menurutnya, menu ini dipelajari daripada arwah ibunya. Jom cuba!

Baca juga: Sardin Masak Lemak Cili Api, Sedap Juga Rupanya Buat Lauk Macam Ni!

RESEPI SARDIN GORENG KERING

resepi sardin goreng kering

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sardin tin
  • Bawang besar
  • Cili
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

1. Masukkan sardin berserta kuahnya sekali ke dalam kuali. Goreng sehingga kering tanpa guna minyak.

2. Jangan kacau terlalu kerap dan pastikan isi jangan terlalu hancur.

3. Apabila nampak sudah kering, kikis kuali untuk dapatkan kerak dari kuah sardin yang sudah kering.

4. Kemudian, boleh masukkan bawang dan cili. Kuanti mengikut cita rasa masing-masing.

5. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan bercampur rata.

6. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.

7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Siti Khadijah Abdul Razak

Baca juga: Tip Goreng Sardin Tak Meletup, Tambah Bahan INI Dulu Sebelum Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN