resepi sambal telur pecah

Sepanjang bulan Ramadan, pasti anda lebih suka lauk yang boleh dimasak dengan mudah dan cepat siap. Jadi, bolehlah cuba resepi Sambal Telur Pecah ini di rumah nanti.

Sambal Telur Pecah merupakan lauk dengan gabungan rasa pedas manis dalam sambal serta tekstur telur yang pecah dan halus. Setiap suapan, pasti terasa nikmatnya.

Kami tertarik dengan perkongsian resepi Sambal Telur Pecah oleh Julia ALeen Aireish di Facebook yang kelihatan sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Mata Sweet Sour, Makan Dengan Nasi Panas, Rasa Sedap Luar Biasa!

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH

resepi sambal telur pecah

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 4 sudu makan cili yang telah dikisar bersama dengan bawang merah dan bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan gula merah
  • 2 sudu makan gula pasir
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumis cili kisar sampai masak.

2. Selepas itu, masukkan sos cili, gula merah, gula pasir dan garam.

3. Apabila rasa sudah sebati, pecahkan telur sebiji demi sebiji dalam kuali.

resepi sambal telur pecah

4. Seterusnya, biarkan telur separuh masak, kemudian terbalikkan.

5. Akhir sekali, kaup telur dengan manja dalam kuali supaya jadi hancur-hancur. Siap untuk dihidang!

Dengan resepi ini, anda dapat menyediakan lauk yang mudah dimasak tapi sedap di rumah. Jika nak hancur halus-halus, terus gaul dengan sambal semasa pecahkan telur.

Sambal Telur Pecah ini sangat sesuai dibuat sementara menunggu gaji masuk. Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai juadah berbuka puasa untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Julia ALeen Aireish

Baca juga: Tom Yam Telur Mata, Menu Ringkas Dengan 3 Langkah Ini Wajib Dicuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN