telur sweet sour

Nak masak lauk yang ringkas tapi sedap untuk keluarga tersayang taklah susah mana pun. Kami cadangkan anda buat Telur Sweet Sour, pasti selera mereka terpikat dibuatnya.

Dalam banyak-banyak lauk paling cepat dimasak, semestinya telur mata menjadi pilihan di hati. Tapi makan begitu saja tak cukup, kenalah ada sesuatu yang boleh buat selera terangkat.

Kami baru saja terjumpa resipi Telur Sweet Sour yang dikongsikan oleh Wiwien Chempaka di Facebook dan hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi!

RESIPI TELUR SWEET SOUR

telur sweet sour

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur ayam (nak buat lebih pun boleh)
  • 10 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • ½ bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 1 biji cili hijau (dihiris nipis)
  • Sedikit minyak masak
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Gula
  • Garam
  • ½ cawan air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng telur ayam macam telur mata terlebih dahulu.

telur sweet sour

2. Selepas itu, tumis bawang putih yang telah dicincang sampai kekuningan.

3. Masukkan bawang merah, cili merah dan cili hijau yang telah dihiris, kemudian masak sekejap.

4. Seterusnya, masukkan air, sos cili, sos tiram, serbuk perasa, garam, gula.

5. Akhir sekali, biarkan sedikit pekat dan masukkan telur. Siap untuk dihidang!

Resipi Telur Sweet Sour ini tak semestinya gunakan telur ayam yang sedikit saja. Jika anda mempunyai keluarga yang besar, boleh buat banyak dan pasti puas hati nanti.

Sekali-sekala nak makan ikan atau ayam pula, boleh saja tukar mengikut citarasa anda. Walaupun nampak ringkas dan mudah, tapi makan dengan nasi panas memang sedap tak terkata.

Jika suka, anda boleh tambahkan sayur yang disukai seperti lobak merah, kobis bunga, putik jagung dan sebagainya. Dengan cara itu, bolehlah buat hidangan lauk dan sayur dalam satu masa.

Selamat mencuba!

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Tom Yam Telur Mata, Menu Ringkas Dengan 3 Langkah Ini Wajib Dicuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN