Resepi sambal goreng cili api ini sesuai dijadikan lauk semasa bersahur. Ada satu lauk ini pun sudah cukup membuka selera. Walaupun sahur, auto makan bertambah!
Sambal ini boleh dibuat awal dan boleh tahan lama jika disimpan di dalam bekas yang kedap udara. Cara penyediaannya sangatlah mudah, hanya memerlukan bahan yang ringkas sahaja.
Kalau ada yang mahu belajar memasaknya, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Sharliza Ghozali di bawah.
Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Sedap & Tahan Lama, Setahun Pun Tak Rosak!
RESEPI SAMBAL GORENG CILI API
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 biji bawang merah sederhana besar
- 3 ulas bawang putih
- Segenggam cili api
- Segenggam ikan bilis
- Garam
- Gula
- Perasa
- Asam keping secukupnya
Cara memasak:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Kisar kasar sahaja, jangan sampai lumat.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan goreng sehingga garing.
4. Semasa sedang menggoreng, masukkan garam, perasa dan air asam/asam keping.
5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Sharliza Ghozali
Baca juga: Resipi Rebung Ikan Bilis Goreng Sambal, Menu Simple Tapi Sangat Menyelerakan!
Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!