resepi sambal gesek

Resepi sambal gesek merupakan salah satu makanan Negeri Sembilan yang wajib dicuba. Memang cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas.

Sambal ini juga boleh dikatakan ‘pembuka selera’. Kalau tak bertambah nasi, memang tak sah! Hancur diet dibuatnya.

Bahan-bahan dan cara penyediaan sambal ini juga sangat mudah dan tak perlu ditumis. Selesai saja tumbuk semua bahan, boleh terus dimakan.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Saudara Khabbab Jamalludin di bawah.

Baca juga: Sambal Pauh Kelantan, Cara Orang Lama Yang Terangkat & Kecur Air Liur!

RESEPI SAMBAL GESEK NOGORI

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (kopek dan bersihkan)
  • Cili padi
  • Bawang merah kecil (kalau tak suka rasa bawang mentah, tak perlu letak)
  • Limau kasturi
  • Garam

Nota: Ada beberapa variasi dengan tambahan bahan masam yang beraroma seperti bunga kantan atau kundang muda.

resepi sambal gesek

Cara-cara:

1. Tumbuk ikan bilis, cili padi dan bawang merah kecil sehingga lumat. Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk lagi.

2. Masukkan garam, gaul rata.

2. Perah asam limau sampai agak berair sedikit. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi sambal gesek

Tips:

  1. Pilih ikan bilis yang cantik dan dikopek supaya senang dibersihkan.
  2. Rendam sekejap dalam air untuk lembutkan sedikit ikan bilis.
  3. Bersihkan lesung betul-betul supaya tak ada bau tak menyenangkan.
  4. Kalau tak habis, boleh tumis atas minyak sekejap supaya tahan lama.
  5. Perah limau kasturi banyak dia sampai seluruh sambal macam lembab-lembab sikit.

Kredit resipi dan gambar: Khabbab Jamalludin

Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN