Categories: Resipi

Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!

resepi sambal belacan sedapresepi sambal belacan sedap

Jika anda sedang mencari resepi sambal belacan sedap, entri kali ini memang untuk anda. Cara penyediaannya sangat mudah, jadi ia memang berbaloi untuk dicuba.

Bagi tekak Melayu, rasanya tidak lengkap jika tiada stok sambal belacan di rumah. Makan apa pun rasa kurang ‘kick’, terutamanya kalau nak makan gulai atau sup.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba resipi ini sekarang!

Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP

resepi sambal belacan sedapresepi sambal belacan sedap

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk cili api
  • 1 mangkuk cili besar (Untuk warna cantik, boleh campurkan cili hijau dan merah)
  • 1 ketul besar belacan (lebih kurang sebesar ibu jari yang tersepit pintu)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar kecil (Untuk rasa lebih sedap, boleh bakar bawang dan belacan terlebih dahulu)
  • Gula, garam dan ajinomoto (ikut selera)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan di atas menggunakan cuka makan.
  2. Jika anda berniaga atau sambal cepat habis, boleh tambahkan sedikit air.
  3. Jika untuk makan di rumah, kisar dengan cuka sahaja dan simpan dalam peti ais.
  4. Semakin lama disimpan, semakin padu rasanya!

Dengan cara ini, sambal akan lebih sedap dan tahan lama. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Resepi Sambal Jantan Yang Popular Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Kentang Goreng Cheese ‘Viral’, Buat Sendiri Lagi Jimat Sebab Bahan Murah!

Resepi kentang goreng cheese 'viral' ini sangat mudah untuk dicuba sendiri di rumah dan bahan-bahannya…

3 mins ago

Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

Alangkah sedapnya dapat makan kuih goreng pada waktu sarapan dan minum petang di rumah. Oleh…

42 mins ago

Buat Sendiri Jagung Manis Cawan Ala Pasar Malam, Jimat Duit Jika Anak Ramai

Kalau pergi ke pasar malam memang tak sah jika tak beli jagung cup. Sebenarnya, resepi…

3 days ago

Kreatifnya Cara Buat Mooncake Thousand Layer Ini, Guna Resipi Kulit Karipap Pusing Saja!

Jika anda belum pernah makan Mooncake Thousand Layer, kami cadangkan anda cuba cara buat Mooncake…

3 days ago

Dim Sum Sedap Dan Mudah, Satu Resipi Boleh Guna Cara Kukus Atau Goreng

Teringin makan dim sum sedap seperti di restoran tapi tak tahu pula cara membuatnya. Jangan…

3 days ago

Rugi Kalau Kupas! Ini 5 Jenis Sayur Yang Lebih Baik Dimakan Dengan Kulitnya

Ramai antara kita suka kupas kulit sayur-sayuran sebelum makan. Tapi, sebenarnya ada jenis jenis sayur…

4 days ago