Categories: Resipi

Resipi Salad Buah-Buahan, Sos Creamy Ini Buat Rasanya Makin Sedap & Menyegarkan

Kalau sedang mencari resepi salad buah yang mudah dan segar, boleh cuba versi ini. Tak perlu bahan yang banyak, cuma campurkan beberapa jenis buah dengan sos berkrim yang manis dan sedikit masam.

Menariknya, sos salad buah ini hanya menggunakan mayonis, susu cair, yogurt, gula dan cuka. Semua bahan digaul sebati dan disejukkan terlebih dahulu sebelum dicurahkan ke atas buah-buahan.

Gabungan anggur hitam, anggur hijau, epal merah, epal hijau dan mangga pula buat salad ini nampak meriah dan menyelerakan. Sesuai sangat kalau nak buat untuk jamuan, potluck, majlis keluarga atau sekadar pencuci mulut di rumah.

Baca juga: Tip Pilih Buah Naga Merah, Kulit ‘Karat’ Rupanya Salah Satu Petua Nak Dapat Yang Manis

RESEPI SALAD BUAH CREAMY

Bahan-bahan sos:

  • 6 sudu besar mayonis
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan kecil yogurt
  • 1 sudu besar cuka

Bahan-bahan buah:

  • ½ pek anggur hitam (dipotong dua)
  • ½ pek anggur hijau (dipotong dua)
  • 2 biji epal hijau (dibuang biji dan dipotong dadu)
  • 3 biji epal merah (dibuang biji dan dipotong dadu)
  • 1 biji mangga kuning (dipotong dadu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan sos terlebih dahulu. Masukkan mayonis, susu cair, gula, yogurt dan cuka ke dalam satu bekas.
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati dan teksturnya menjadi creamy.
  3. Tutup bekas dan simpan sos di dalam peti sejuk sehingga masa untuk dihidangkan.
  4. Sementara itu, cuci semua buah dan pastikan ia ditos sehingga agak kering.
  5. Potong anggur kepada dua. Buang biji epal dan potong kedua-dua jenis epal serta mangga dalam bentuk dadu.
  6. Masukkan semua buah ke dalam tray atau bekas hidangan dan gaul perlahan supaya buah tidak hancur.
  7. Bila nak dihidangkan, curahkan sos yang telah disejukkan ke atas buah.
  8. Gaul perlahan-lahan dan salad buah sedia untuk dinikmati.

Sumber: Junaidah Abdullah

Baca juga: Resipi Koktail Buah Peach Longan Creamy & Menyegarkan, Sejukkan Dulu Baru Lagi ‘Terangkat’!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Bila nampak pegaga segar, terus terbayang kerabu yang masam, pedas dan rangup. Kalau suka makan…

17 mins ago

Masam-Masam Manja! Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Ini Memang Buat Bertambah Nasi

Resipi tenggiri masak cuka ini boleh menjadi pilihan bagi anda yang menggemari hidangan dengan rasa…

28 mins ago

Resepi Asam Laksa Sardin, Cara Paling Mudah Bila Mengidam Kuah Laksa Yang Masam Pedas

Bila teringin makan asam laksa tetapi tak mahu bersusah payah merebus ikan segar, resepi asam…

2 hours ago

Cara Buat Puding Caramel Tanpa Telur, Buat Suka-Suka Tak Sangka Ramai Pula Yang Order!

Nak tahu cara buat puding caramel tanpa telur yang mudah dan sesuai untuk pencuci mulut…

2 hours ago

Masak Lemak Ayam Sedap Versi Tumis, Cara Ini Buat Kuah Lebih Wangi Dan Menyelerakan

Kalau mencari masak lemak ayam sedap untuk menu makan tengah hari, boleh cuba versi tumis…

3 hours ago

Resipi Telur Tomato, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap! Masam Manis Memang ‘Ngam’ Dengan Nasi

Resipi telur tomato ini sesuai untuk sarapan yang mudah, hangat, dan mengenyangkan. Gabungan telur dan…

3 hours ago