Resepi sosej masak sambal ini memang sesuai untuk yang teringin menikmati lauk ringkas seperti yang selalu dijual di kantin sekolah. Gabungan sosej goreng dengan sambal tumis pedas manis cukup menyelerakan, terutama apabila dimakan bersama nasi putih panas.

Menerusi perkongsian Munirah Jamaludin di Facebook, menu ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan yang mudah didapati. Lebih menarik, sosej juga boleh dibuat sendiri menggunakan isi ayam mengikut cita rasa keluarga.

Baca juga: Resepi Sosej Ayam Homemade Mudah Dengan 5 Bahan, Lebih Sihat Dan Sedap!

RESEPI SOSEJ MASAK SAMBAL YANG MUDAH DAN MENYELERAKAN

resepi sosej masak sambal

Menu ini tidak memerlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Rahsia keenakannya terletak pada sambal yang ditumis sehingga pecah minyak, ditambah pula dengan gula Melaka dan pes asam jawa untuk menghasilkan rasa pedas, manis dan masam yang seimbang.

Bahan-bahan:

  • Sosej homemade atau sosej pilihan
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • Bawang besar untuk dikisar
  • Bawang putih untuk dikisar
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air
  • Gula Melaka secukup rasa
  • Pes asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Nota: Sukatan bahan boleh disesuaikan mengikut jumlah sosej dan cita rasa masing-masing.

Cara-cara Penyediaan:

1. Goreng sosej sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan bersama sedikit air.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ulang proses menumis ini dua hingga tiga kali supaya sambal lebih masak dan harum.

4. Masukkan gula Melaka, pes asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga semua bahan sebati.

5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama sosej goreng.

6. Gaul sehingga sosej bersalut sambal dengan sempurna. Setelah semuanya sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi sosej masak sambal ini sedap dinikmati bersama nasi putih panas. Kalau teringin mengimbau kenangan makan di kantin sekolah, bolehlah cuba sendiri di rumah untuk hidangan tengah hari atau makan malam bersama keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: Munirah Jamaludin

Baca juga: Sosej Gunting Lazat Untuk Minum Petang, Macam Beli Kat Pasar Malam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending