Roti poket Doraemon ini menggunakan roti biasa yang dileperkan sebelum diisi dengan inti ayam kisar dan sosej. Bentuknya yang kecil dan berwarna oren menjadikan hidangan ini nampak lain daripada roti goreng biasa.
Untuk intinya, ayam kisar dan sosej digaul bersama sos cili, mayonis serta beberapa bahan ringkas lain. Setiap poket roti pula disalut dengan telur dan serbuk roti sebelum digoreng sehingga keemasan.
Hidangan ini sesuai disediakan sebagai menu sarapan atau kudapan petang kerana mudah dimakan tanpa perlu menggunakan sudu atau garpu. Setiap gigitan ada lapisan luar yang rangup bersama inti ayam dan sosej yang cukup berperisa.
Baca juga: Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!
CARA BUAT ROTI POKET DORAEMON

Bahan-bahan:
- Roti secukupnya
- Ayam atau daging kisar
- Sosej
- Sos cili
- Mayonis
- Lada hitam
- Telur
- Serbuk roti oren
- Tepung gandum
- Air
Cara-cara penyediaan:
- Ambil sekeping roti dan leperkan menggunakan tangan atau alat penggelek.
- Bancuhkan tepung gandum bersama sedikit air. Sapukan bancuhan tersebut pada bahagian tepi roti untuk melekatkan kedua-dua bahagian.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati.
- Celupkan roti ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti oren hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng roti sehingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.
- Setelah sedikit sejuk, potong roti kepada dua bahagian untuk membentuk poket. Ketepikan.
- Potong sosej kecil-kecil dan goreng hingga masak.
- Dalam kuali yang sama, goreng ayam kisar sehingga masak sepenuhnya.
- Masukkan ayam kisar dan sosej ke dalam bekas. Tambahkan sos cili, mayonis dan lada hitam.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
- Akhir sekali, masukkan inti ayam dan sosej ke dalam poket roti yang telah disediakan.
- Siap untuk dinikmati! Roti poket ini lebih enak dimakan ketika masih rangup.
Sumber: July Nur Haira Baharudin
Baca juga: Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

