Bebola coklat truffle ini sesuai untuk anda yang mempunyai lebihan cream cheese di dalam peti sejuk dan tak tahu nak buat apa sebelum rosak. Resipinya sangat mudah dan hanya menggunakan beberapa bahan ringkas.

Biskut yang dihancurkan digaul bersama cream cheese sehingga sebati sebelum dibentuk menjadi bebola kecil. Kemudian, bebola ini disalut dengan coklat cair dan dihias dengan topping pilihan. Gabungan cookies and cream bersama coklat menghasilkan rasa yang manis, berkrim dan pastinya sedap dinikmati.

Jadi, kalau masih ada lebihan cream cheese di rumah, jangan biarkan begitu sahaja. Anda boleh gunakan untuk menyediakan bebola coklat truffle ini yang sesuai dijadikan snek atau pencuci mulut ringkas untuk dinikmati bersama orang yang dicintai.

Baca juga: Resipi Pengat Keledek Ungu, Sedapnya Bebola Lembut Dengan Kuah Santan Lemak Manis

BEBOLA COKLAT TRUFFLE

bebola coklat truffle

Bahan-bahan: 

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar biskut menggunakan pengisar (blender) sehingga hancur.
  2. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam mangkuk. Tambahkan cream cheese dan gaul sehingga sebati.
  3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  4. Simpan bebola di dalam peti sejuk beku selama 15 hingga 30 minit.
  5. Cairkan bar coklat menggunakan kaedah double boiler atau di dalam microwave.
  6. Celup dan salutkan bebola biskut dengan coklat cair. Kemudian, tambahkan topping pilihan seperti coklat rice, kacang atau taburan lain.
  7. Biarkan sehingga lapisan coklat mengeras.
  8. Bebola biskut coklat siap untuk dihidangkan.

Sumber: Wawa Masak

Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending