Categories: Resipi

Resepi Roti Goreng Sardin Celup Tepung, Bila Makan Terus Teringat Mak Cik Kantin Sekolah

Biasanya kita dengar makanan laut yang dicelupkan tepung, tapi kali ini kami nak bagitahu bahawa terdapat resepi Roti Goreng Sardin celup tepung yang sungguh sedap.

Sesiapa yang ingat sewaktu sekolah dahulu, mesti pernah beli Roti Goreng Sardin di kantin setiap kali waktu rehat dan kesedapannya masih terasa sehingga kini.

Nur Masri telah kongsikan resepi Roti Goreng Sardin di Facebook yang hasilnya sungguh rangup dan pasti anda puas hati setelah membuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Tuna Gulung Viral Buat Ramai ‘Berhantu’, Makan Sekali Mesti Nak Lagi

RESEPI ROTI GORENG SARDIN

Bahan-bahan inti:

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 tin sardin (dibuang kuah dan tulang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 cili merah (dibuang biji dan dicincang, jika suka pedas, letak cili padi)
  • 2 tangkai daun bawang (dipotong)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji limau kasturi

Bahan-Bahan roti goreng:

  • Roti putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak panas
  • Garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, tumis bawang besar terlebih dahulu. Apabila bawang sudah garing, masukkan cili kisar dan masak sampai garing.

2. Kemudian, masukkan sardin dan cili merah, lenyek-leyekkan sardin.

3. Selepas itu, masukkan gula dan garam sedikit. Masak sampai kering sedikit , kemudian masukkan daun bawang. Tutup api.

4. Seterusnya, cedok sedikit inti sardin dan sapu atas roti.

5. Kemudian, letak sekeping lagi roti di atasnya.

6. Setelah itu, potong empat dengan menggunakan pisau bergerigi dan celup dalam bancuhan tepung tepung.

7. Akhir sekali, sedia untuk menggoreng dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Jika tiada idea nak buat sarapan atau minum petang yang menarik di rumah, anda boleh buat saja resepi Roti Goreng Sardin yang kerangupannya sampai esok pun boleh teringat.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Roti Sardin Goreng Tanpa Telur, Sedapnya Boleh Tahan Sampai Petang!

Aimi

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

10 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

12 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

12 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

12 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

13 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

13 hours ago