Categories: Resipi

Tauhu Begedil Anti Gagal, Guna Tepung ‘Ini’ Untuk Kesan Rangup Luar Biasa!

Sesiapa yang pernah makan Tauhu Begedil pasti tahu tentang kesedapannya dengan sambal kicap. Jika sering gagal membuatnya sebelum ini, boleh cuba resipi yang kami kongsikan ini.

Selain enak dimakan begitu saja, Tauhu Begedil juga sering dijadikan sebagai hidangan pembuka selera dan sampingan untuk nasi lemak dan soto.

Resipi yang dikongsikan oleh Nasuha Saiful di Facebook ini nampak sangat menarik dan bakal membuatkan selera anda sekeluarga terangkat. Jom kita cuba!

Baca juga: Jenis Tauhu Sedap Dan Lembut, Yang ‘Last’ Itu Ramai Guna Buat Masak!

RESIPI TAUHU BEGEDIL ANTI GAGAL

Bahan-bahan begedil:

  • 12 biji tauhu kering
  • 6 biji ubi kentang
  • Isi ayam (direbus dan dipotong kecil, boleh juga guna ayam atau daging cincang)
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya
  • Cili besar merah
  • Perasa yang ada di rumah (saya guna knorr serbuk pati ayam & serbuk lada hitam ajishio)

Bahan-bahan celupan:

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 20 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • Kicap secukupnya
  • Sedikit air

Cara-cara buat tauhu begedil:

1. Mula-mula, potong ubi kentang dan basuh sehingga bersih.

2. Kemudian, basuh tauhu sampai bersih dan keluarkan isinya untuk dicampur dalam begedil nanti.

3. Selepas itu, goreng ubi kentang sehingga empuk.

4. Seterusnya, campurkan ubi kentang yang dilenyek, daun sup, daun bawang, bawang goreng, isi ayam, isi tauhu ke dalam satu bekas.

5. Kemudian, perasakan dengan serbuk perasa dan gaul semuanya.

6. Setelah itu, sumbatkan inti ke dalam tauhu sehingga penuh dan ketepikan.

7. Bagi menyediakan celupan, pukul 2 biji telur dan tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air sehingga sebati.

8. Selanjutnya, panaskan minyak, kemudian celupkan tauhu begedil ke dalam adunan telur dan goreng sehingga garing. Siap!

Cara-cara buat sambal kicap:

1. Mula-mula, goreng cili padi, bawang putih, bawang merah dan limau nipis sehingga masak.

2. Selepas itu, bolehlah kisar bersama kicap dan sedikit air. Siap!

Tak dinafikan yang Tauhu Begedil sangat sedap dimakan bersama sambal kicap yang mantap dan anda boleh jadikannya sebagai idea potluck atau hidangan ketika jamuan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nasuha Saiful

Baca juga: Tauhu Sumbat Ayam Dengan Sambal Kicap Sempoi, Rasa Memang ‘Kick’ Habis!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Buat Bihun Singapore Sedap Rupanya Tumis Udang Kering Macam Ini, Wangi Semerbak!

Cara buat bihun Singapore ini sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan bihun goreng dengan rasa…

40 minutes ago

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

16 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

17 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

17 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

17 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

19 hours ago