Categories: Tips & Petua

Cara Celur Mihun Yang Betul, Barulah Cantik Elok Dan Tak Putus

Mihun merupakan makanan yang sering digunakan dalam pelbagai hidangan, tidak kira sama ada masakan berasaskan sup mahupun goreng. Namun, untuk mendapatkan mihun yang cantik dan tidak putus, tentulah dengan cara celur bihun yang betul.

Mencelur mihun dengan betul sangat penting kerana ia menentukan tekstur ketika dimasak. Ini kerana, apabila celur dengan cara yang tepat, ia sekali gus menghasilkan mihun yang lembut dan kenyal.

Namun begitu, tidak dinafikan ramai yang menghadapi masalah apabila mihun yang dimasak menjadi putus atau terlalu lembik. Ini sering berlaku mungkin disebabkan oleh masa rendaman yang terlalu lama atau suhu air yang tidak sesuai.

Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips dan langkah mudah untuk memastikan mihun anda tidak putus dan cantik elok selepas dicelur.

Jom kita lihat cara-caranya yang betul di bawah.

Baca juga: Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini

CARA CELUR BIHUN SUPAYA CANTIK ELOK DAN TAK PUTUS

Berikut merupakan tips celur mihun:

  1. Rendam mihun dengan air paip selama 20 minit atau lebih sedikit pun tak apa.
  2. Selepas itu, masak air hingga mendidih, kemudian tutup api. Masukkan mihun yang direndam tadi dan biar sekejap untuk ia kembang, dalam 5 minit atau kurang.
  3. Kemudian, toskan dalam penapis dan cuci mihun. Toskan air dan siap!

Kredit: Raniah Dan Dayyan

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

Wan N

Recent Posts

Petua Mudah Lembutkan Daging Tetel Dengan Cepat, Guna Teknik 5-30-7 Ini!

Daging tetel antara bahagian daging lembu yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan isi dan…

4 mins ago

30 Fakta Menarik Tentang Pisang, Rupanya Bukan Semua Jenis Boleh Dimakan Mentah!

Pisang sememangnya antara buah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai…

8 mins ago

Anak-Anak Minta Buat Dessert, Ibu Ini Kongsi Idea & Cara Mudah Sediakan Dadih Mangga Di Rumah!

Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…

30 mins ago

Baru Hari Pertama Guna Grab, Rembayung ‘Diserbu’! Khairul Aming Pecah Rekod Jualan Makan Tengah Hari Tertinggi

Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan…

2 hours ago

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

2 hours ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

3 hours ago