Categories: Informasi

Cara Buat Roti Rangup Inti Berlauk, Sampai Malam Pun Sedapnya Tak Hilang

Terdapat banyak menu ringkas dan mudah yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah resepi roti goreng rangup inti berlauk. Daripada roti sandwic biasa, anda boleh ubahnya menjadi hidangan yang luar biasa sedap!

Selain itu, resipi ini sangat fleksibel kerana anda boleh menggantikan inti dengan bahan lain mengikut cita rasa. Hasilnya, roti rangup dan sangat sedap selepas digoreng!

Baca juga: Jom Buat Sendiri Roti John Cheese Leleh, Lagi Puas Hati Boleh Letak Inti Lebih!

RESEPI ROTI GORENG RANGUP INTI BERLAUK

Bahan-bahan inti berlauk:

  • Telur (digoreng hancur tanpa minyak)
  • Ayam (direbus dan dicincang halus)
  • Sosej (direbus dan dipotong nipis-nipis)
  • Daun ketumbar atau daun sup (dihiris halus)
  • Carrot (dihiris nipis)
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam atau serbuk lada putih

Bahan-bahan untuk roti:

  • Roti Gardenia (atau roti pilihan lain)
  • Tepung bestari (untuk salut)
  • Air (untuk bancuhan tepung bestari)
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan inti berlauk bersama mayonis dan serbuk lada hitam atau serbuk lada putih.
  2. Belah roti kepada dua. Kemudian, letakkan inti berlauk di tengah roti dan lipatkan.
  3. Bancuh tepung bestari dengan sedikit air.
  4. Salutkan roti yang telah diisi dengan inti berlauk dalam bancuhan tepung basah.
  5. Kemudian golekkan pula ke dalam tepung bestari kering sebelum digoreng.
  6. Pastikan minyak benar-benar panas dan goreng dengan api sederhana hingga roti rangup dan keemasan.

Sumber: Mleisya Scarf Comel Sokmo

Baca juga: Cara Buat Roti Bakar Dengan 3 Bahan Mudah, Garing Bukan Main Lagi

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago