cara buat roti john

Rupanya mudah saja cara buat roti john cheese leleh secara homemade di rumah. Tak perlu susah payah ke bazar Ramadan dan beratur panjang semata mahu membeli roti john.

Kalau buat sendiri, pasti lebih puas hati sebab kita boleh sesuaikan kuantiti inti mengikut selera masing-masing. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup mudah.

Jadi, jangan lupa cuba resipi di bawah nanti untuk berbuka puasa nanti ya!

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi

CARA BUAT ROTI JOHN CHEESE LELEH

cara buat roti john

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (dipukul)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 biji bawang putih (dipotong dadu)
  • Roti panjang (dibelah dua)
  • Kobis (dihiris nipis)
  • Kepingan cheese
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Ayam cincang / daging cincang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih, dan garam secukup rasa.
  2. Kacau sebati dan biarkan hingga ayam masak.
  3. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
  5. Potong roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ya.
  6. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap, kemudian angkat.
  7. Masukkan sedikit minyak dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
  8. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
  9. Ambil roti yang dibelah tadi dan terbalikkan di atas inti. Tekan-tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
  10. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat.
  11. Letakkan mayonis, sos cili, dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong roti kepada beberapa bahagian. Dah siappp!

Sumber: Iza Abu Bakar

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN