Categories: Resipi

Resepi Rendang Sotong, Lauk Untuk Raya Ini Buat Tetamu Tak Ingat Nak Balik

Rendang sentiasa menjadi pilihan lauk yang paling penting pada Hari Raya. Nak cuba kelainan pada tahun ini, kenalah cuba masak resepi Rendang Sotong yang lazatnya tak terhingga.

Sudah sering masak rendang bersama ayam dan daging, jadi kali ini bolehlah ubah angin dengan Rendang Sotong. Jika hidangkan untuk tetamu, pasti meriah dibuatnya.

Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor telah kongsikan resepi Rendang Sotong di Facebook yang membuatkan ramai tertarik untuk buat pada Hari Raya ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi

RESEPI RENDANG SOTONG

Bahan-bahan:

  • 1kg sotong
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula Melaka
  • 100ml santan
  • 2 sudu besar penuh rempah kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar halus:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu.

2. Selepas itu, tumis bahan kisar sampai naik bau.

3. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.

4. Seterusnya, masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak.

5. Masukkan pati santan, gula Melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut, kemudian kacau rata dan masak sampai pekat dengan menggunakan api kecil.

6. Setelah itu, masukkan sotong dan gaul sampai sebati.

7. Kemudian, tambah garam secukup rasa dan masak sampai sedikit kering.

8. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

Setelah buat resepi Rendang Sotong ini, anda dapat nikmati sotong yang lembut bersama kuah rendang yang pekat serta penuh dengan aroma rempah yang cukup luar biasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor

Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

7 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

30 minutes ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

1 hour ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

1 hour ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago