Pertama kali nak cuba masak rendang? Ikut saja resepi rendang daging simple ini. Tak rumit buat mereka yang tidak pernah memasaknya.
Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, jom kita cuba resipi yang dikongsikan Liza Idris ini. Sangat mudah untuk dibuat. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama
1. Sangai biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai sehingga naik bau. Sepatutnya guna jintan tu jenis biji, kalau tak ada boleh guna jenis serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ini tips rendang lagi sedap. Minyak banyak pun tak apa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak.
3. Masuk bahan kisar dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Bahan kisar tu boleh kisar dengan cili kering sekaligus.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan daging. Daging boleh rebus dulu kalau tak nak liat, tak nak rebus dulu pun boleh.
5. Masukkan rempah yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Masuk daun limau purut serta daun limau purut yang sudah diramas.
6. Letakkan asam keping. Masukkan 2 keping dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi.
7. Bila daging dah lembut, masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau sehingga mesra.
8. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.
9. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Liza Idris
Baca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…