Rempeyek adalah snek paling disukai ramai, terutama ketika musim perayaan. Biasanya dibuat dengan acuan, namun kami terjumpa resepi Rempeyek rangup tanpa acuan sekalipun.
Orang Malaysia memang suka makan Rempeyek kerana mempunyai rasa sedikit pedas, berperisa bilis dan berempah. Orang kata, snek ini paling laku keras jika dijual.
Walaupun tiada acuan di rumah, anda masih boleh buat dengan cara yang dikongsikan dalam resepi Rempeyek rangup oleh Zuhaidar Mohd Sofi di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Muruku Ringkas, Guna Tepung ‘Ini’ Dapat Hasil Rangup Menjadi!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar ketumbar, jintan manis, bawang putih, ikan bilis dan telur dengan air.
2. Selepas itu, masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam tepung.
3. Kemudian, masukkan air kapur, garam, gula, perasa.
4. Kacau sampai sebati supaya tepung tak berketul (adunan agak-agak sendiri, tak cair dan tak pekat), kemudian masukkan kacang tanah.
5. Seterusnya, panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng. Bagi mengelakkan ia melekat di tepi kuali, pastikan minyak betul-betul panas.
6. Kirai adunan tadi di bahagian tepi kuali dan simbah-simbahkan minyak di tepi rempeyek (nanti rempeyek akan turun ke dalam minyak).
7. Akhir sekali, goreng sampai masak, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Selain sebagai kudapan untuk sebarang majlis, Rempeyek juga boleh dijadikan cenderahati doorgift dan goodies bag kahwin.
Jika tiada idea snek untuk dimakan di rumah, bolehlah guna resepi Rempeyek rangup ini. Apabila kunyah sekali saja, pasti makan tak berhenti nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Zuhaidar Mohd Sofi
Baca juga: Kuih Cincin Yang Rangup, Sedap Sebijik Macam Beli Di Sabah
Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…
Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…
Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…
Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…