Categories: Resipi

Resepi Puding Tutti Frutti Cantik Manis, Sekali Buat Dapat Dalam 35 Bekas!

Sudah hampir hujung tahun, mesti banyak jamuan dan kenduri dibuat. Jika nak sediakan pencuci mulut yang mudah caranya, boleh cuba resepi Puding Tutti Frutti.

Puding Tutti Frutti yang berwarna-warna, manis dan menyegarkan memang sesuai untuk jamuan anak sekolah atau berkumpul bersama keluarga. Sekali suap, terus cair di mulut.

Dengan sukatan yang betul mengikut resepi Puding Tutti Frutti oleh Mas Ummi Amira, anda boleh dapat lebih kurang 35 bekas. Bukan saja menarik, malah cukup untuk dikongsi semua orang. Jom kita cuba!

Baca juga: Senarai Idea Potluck Tadika Paling Simple Dan Comel, Anak-Anak Mesti Suka!

RESEPI PUDING TUTTI FRUTTI

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air masak (gunakan tin susu cair sebagai sukatan)
  • ½ tin susu pekat manis
  • Sedikit esen vanilla (guna sukatan penutup botol)
  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 200 ml susu segar
  • Kiwi
  • Anggur
  • Mangga
  • Strawberi

Cara-cara memasak:

1. Sediakan buah-buahan, cuci dan potong kecil. Boleh campur ikut kesukaan anak-anak.

2. Campurkan susu cair, air dan susu pekat dalam periuk. Kacau rata.

3. Masukkan serbuk agar-agar dan tepung kastard ke dalam campuran tadi. Kacau hingga larut sepenuhnya.

4. Panaskan campuran dengan api sederhana sambil kacau supaya tidak berketul. Tambah esen vanilla apabila hampir mendidih.

5. Susun buah-buahan dalam bekas kecil, kemudian tuang campuran puding panas perlahan-lahan.

6. Biarkan puding sejuk pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga mengeras.

Tips tambahan:

  • Untuk variasi rasa, boleh gantikan buah-buahan dengan sumi.
  • Jangan tuang puding terlalu panas terus ke atas buah-buahan supaya buah tidak hancur.
  • Puding ini boleh tahan 2 hingga 3 hari dalam peti sejuk.

Setelah cuba resepi Puding Tutti Frutti, anda akan dapat hasil yang cantik, manis dan menyelerakan. Anak-anak pasti suka dan senang hati bila dapat kongsi kudapan yang menarik.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Ummi Amira

Baca juga: Cara Buat Puding Trifle Mudah & Sedap, Setiap Lapisan Terasa Lembut Berkrim

Aimi

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

9 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

9 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

10 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

11 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

12 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

13 hours ago