puding trifle mudah

Peminat pencuci mulut wajib cuba buat Puding Trifle mudah dan sedap di rumah. Sesuai dihidangkan sewaktu cuaca panas atau apabila ada tetamu datang, pasti ramai yang suka.

Cara buat Puding Trifle mudah kerana tak perlu bakar atau kukus sekalipun. Paling penting, kena pandai seimbangkan rasa manis dan tekstur supaya setiap suapan rasa lembut berkrim.

Norashikin Ismail telah kongsikan resipi Puding Trifle mudah di Facebook yang meriah dengan warnanya yang cantik dan menarik, senang nak tarik selera anak-anak. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Seringgit Guna Satu Resipi Dapat 50 Bekas, Modal Kecil Tapi Untung Besar!

RESIPI PUDING TRIFLE MUDAH

puding trifle mudah

Bahan A:

  • Kek swiss roll perisa pandan
  • 1 tin buah campuran

Bahan B:

  • 1 susu tin cair
  • Air (sukatan 1 tin susu)
  • 4 hingga 5 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • 4 sudu besar tepung kastard

Bahan C:

  • 1 kotak kristal jeli perisa strawberry
  • 400ml air

puding trifle mudah

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, potong kek gulung dalam 1 hingga 2 inci dan masukkan dalam bekas.
  2. Tapis buah campuran dan ambil airnya, kemudian renjis atas kek gulung (asingkan buahnya).
  3. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, kacau sebati dan buka api, kemudian masak sampai likat dan meletup-letup.
  4. Selepas itu, tuangkan kastard yang sudah siap ke atas bahan A tadi.
  5. Kemudian, ambil buah campuran tadi dan letakkan di atas lapisan kastard.
  6. Setelah itu, masak bahan C mengikut arahan di belakang kotak.
  7. Tuang adunan jeli di atas lapisan kastard dan buah campuran tadi.
  8. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan semalaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Resepi Puding Koktel Elok, Licin & Tak Berair, Masukkan 1 Bahan Rahsia Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN