resepi egg tart mixue

Orang Malaysia memang pantang nampak menu tengah viral seperti resepi Egg Tart Mixue, mesti tak sabar nak cuba. Memang luar jangkaan, tapi hasilnya cukup memuaskan.

Rasa lemak manis daripada aiskrim berpadu dengan tekstur tart yang lembut menjadikannya antara menu viral yang berbaloi dicuba. Pendek kata, pasti keluarga makan sampai licin.

Resepi Egg Tart Mixue ini asalnya dikongsikan oleh pengguna Threads, hannyhardy dan sejak itu ramai yang teruja nak buat sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Cepat Bersihkan Acuan Tart Yang Berminyak, Tak Perlu Sental Sebiji Sebiji

RESEPI EGG TART MIXUE

resepi egg tart mixue

Bahan-bahan:

  • 1 cawan aiskrim perisa original
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil esen vanilla (pilihan untuk kurangkan bau telur)
  • Gula (pilihan, ikut tahap kemanisan yang disukai)

resepi egg tart mixue

Cara-cara buat:

1. Dalam mangkuk, campurkan aiskrim, telur, vanilla dan gula. Kacau rata sampai sebati.

2. Tuang adunan ke dalam kulit tart yang dah siap disediakan.

3. Masukkan ke dalam air fryer dan bakar selama kira-kira 10 minit pada suhu 180°C.

4. Masa memasak boleh ubah ikut jenis air fryer masing-masing.

5. Apabila permukaan tart nampak perang keemasan, tandanya sudah siap.

Anak-anak mesti suka sebab rasanya manis lembut dan beraroma vanilla. Selain itu, puas hati kerana cepat dibuat, tak banyak langkah dan cantik dihidang panas-panas.

Selamat mencuba!

Sumber: hannyhardy

Baca juga: Resepi Tart Telur Simple Guna Roti Paratha, Bakar Dalam Air Fryer Pun Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN