Categories: Resipi

Cara Buat Pizza Homemade Lembut, Puas Hati Boleh Letak Macam-Macam Topping!

Anda mencari resepi pizza homemade yang mudah, lembut dan sedap? Jom MyResipi kongsikan resipi tersebut untuk anda cuba buat di rumah.

Paling best bila buat sendiri, anda boleh letak apa-apa topping dan sebanyak mana yang dimahukan. Baru puas hati, tak perlu beli di kedai dah!

Jika ada yang mahu mencuba, jom ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Ain Kamal di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga:  Cara Buat Pasta Carbonara ‘Super Creamy’, Sama Macam Dekat Pizza Hut!

RESEPI PIZZA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar yis
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara:

1. Bancuh yis dan gula dengan air suam. Biarkan sehingga yis menjadi berbuih.

2. Sementara tunggu yis berbuih, satukan tepung gandum dan marjerin. Gaul sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan air bancuhan yis ke dalam campuran tepung dan marjerin tadi. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Lagi lama uli, lagi lembut.

4. Bila dah jadi doh, letakkan dalam mangkuk dan tutup dengan kain bersih. Biarkan sehingga doh menjadi kembang sehingga 2 kali ganda.

5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Leperkan doh ke atas pan, cucuk dengan garfu dan letak topping yang disukai (lihat senarai cadangan topping di bawah).

6. Bakar menggunakan selama 35 minit pada suhu 170°C. Selamat mencuba!

Bahan-bahan topping:

  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Mayonis
  • Capsicum merah, hijau, kuning
  • Sosej
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Cheddar cheese
  • Mozarella cheese

Kredit resipi dan gambar: Ain Kamal

Baca juga: Seafood Lasagna Ala Pizza Hut Cara Mudah, Memang ‘Repeat’ Nak Makan Lagi!

Nasiha

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

17 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

19 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

19 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

19 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

20 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

20 hours ago