Categories: Resipi

Resipi Pindang Ikan Temenung Berkuah Masam Pedas, Hari-Hari Makan Pun Tak Jemu

Resepi pindang ikan temenung ini sesuai jika anda inginkan sesuatu yang ringkas tapi tetap menyelerakan untuk makan tengah hari.

Ada juga yang memanggil masakan ini dengan nama singgang atau ikan rebus ketuk serai. Apa pun namanya, menu ini memang cukup menyelerakan dengan rasa masam, pedas dan segar.

Cara penyediaannya sangat mudah, tidak menggunakan banyak bahan dan sesuai dimasak ketika kesuntukan masa. Jom cuba!

Baca juga: Tip Masak Ikan Singgang Yang Padu, Lauk Simple Tapi Rasa Dia Memang ‘Berhantu’

RESEPI PINDANG IKAN TEMENUNG

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili besar
  • Sedikit belacan
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Daun kesum secukupnya
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • Timun, belimbing buluh atau bendi (optional)
  • 2-3 keping asam keping
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Ikan temenung secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Tumbuk bawang besar, cili besar dan belacan sehingga sebati, tetapi jangan terlalu lumat.
  2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk untuk kuah. Tambahkan bahan tumbuk tadi, asam keping dan serai. Didihkan.
  3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, belimbing buluh dan sayur pilihan seperti timun atau bendi. Tambahkan sedikit serbuk kunyit. Biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan ikan, kemudian garam dan perasa secukupnya. Didihkan sekali lagi sehingga ikan masak. Sup pindang ikan temenung lemak siap dihidangkan.

Sumber: Ninie Zaini

Baca juga: Resepi Gulai Ikan Tongkol Pekat Berlemak, Ini Rahsia Kuah Cantik Dan Tahan Lama!

Wan N

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

8 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

9 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

10 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

11 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

11 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

11 hours ago