Categories: Resipi

Rahsia Masak Sup Ayam Tumis Darat Yang Padu, Aroma Semerbak Auto Rasa Lapar!

Cara masak sup ayam tumis darat ini memang sangat mudah dan semerbak baunya satu dapur. Aromanya yang wangi buat perut automatik rasa lapar.

Selain sedap, sup ini juga seimbang dari segi nutrisi. Ada protein daripada ayam, karbohidrat daripada kentang dan serat daripada lobak merah serta daun sup.

Ratah tanpa nasi pun dah cukup untuk makan tengah hari atau malam. Jadi kalau ada yang nak cuba, boleh lihat resipi penuh perkongsian oleh Puan Nor Farah Atika di bawah.

Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini

CARA MASAK SUP AYAM TUMIS DARAT

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1-2 inci halia (diketuk)
  • 2-3 biji kentang (dipotong kiub)
  • 1-2 batang carrot (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong)
  • 1 biji bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • ½ sudu teh lada putih (ditumbuk)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak:

  1. Rebus ayam bersama halia. Biarkan mendidih selama 10 minit.
  2. Selepas itu, kaup buih-buih yang timbul di permukaan sup. Ini penting supaya sup tidak berbau hanyir.
  3. Masukkan kentang dan carrot. Bila sayur sudah empuk, masukkan garam, serbuk perasa dan tomato.
  4. Sementara itu, goreng bawang merah, bawang putih, 4 sekawan dan lada putih yang telah ditumbuk sehingga kekuningan dan sedikit garing. Lada putih ini memberi aroma yang luar biasa pada sup.
  5. Tuang bahan tumisan yang telah digoreng ke atas sup. Taburkan daun sup, kacau perlahan dan sup sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Cara Masak Ayam Sweet Sour Ala Restoran Cina, Rangup & Sedap Dengan Kuah Manis Pedas!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

8 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

9 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

9 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

10 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

10 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

13 hours ago