ikan singgang

Ikan singgang tongkol adalah hidangan tradisional yang mudah tetapi sangat sedap jika dibuat dengan cara yang betul. Rahsianya, rebus ikan bersama asam keping sehingga mendidih dan airnya sedikit surut sebelum menambah bahan-bahan lain. Teknik ini menjadikan kuah lebih wangi dan rasa ikan lebih mantap.

Hidangan ikan singgang ini sesuai untuk dimasak bila-bila masa, terutamanya apabila mahu lauk yang cepat tetapi tetap penuh rasa. Dengan bahan mudah, anda boleh menyediakan lauk yang memikat selera seisi keluarga.

Baca juga: Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung, Resipi Mudah Yang Takkan Mengecewakan

RESEPI IKAN SINGGANG SEDAP

ikan singgang

Bahan-bahan:

  • Ikan pilihan
  • Asam keping
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lengkuas
  • Budu
  • Jantung pisang (jika suka)
  • Bendi
  • Cili merah atau cili padi

Cara-cara:

  1. Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping sehingga mendidih dan airnya sedikit surut.
  2. Kisar atau tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas.
  3. Masukkan bahan kisar atau tumbuk tadi ke dalam periuk bersama ikan yang direbus.
  4. Tambahkan budu, bendi dan cili. Biarkan mendidih seketika supaya semua rasa sebati.
  5. Jika menggunakan jantung pisang, celur dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah.
  6. Kacau rata, perasakan secukupnya dan hidangkan panas.

Singgang ikan versi ini wangi, sedap dan sesuai untuk dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Sumber: Izzatul Effa Rusdi

Baca juga: Resepi Kari Ikan Kembung, Cara Pecah Minyak Ini Buat Kuah Lebih Cantik Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN