resepi pes mee goreng

Resepi pes mee goreng ini memang antara yang paling praktikal untuk disediakan di rumah. Sekali buat, boleh simpan lama dalam freezer dan guna bila-bila masa. Hasilnya pula padu, pekat, berempah dan sangat mudah untuk masak mee goreng sedap ala kedai.

Menariknya, resipi ini dikongsi daripada air tangan seorang ayah yang sangat teliti dalam masakan dan lebih suka masak sendiri di rumah. Selain itu, beliau sangat menjaga rasa serta tekstur makanan, terutama mee goreng yang tidak terlalu lembik dan sayur yang masih rangup.

Baca juga: 3 Resepi Pes Masakan WAJIB Ada Di Dapur, Mudahkan Proses Masak Bulan Puasa & Sedap!

RESEPI PES MEE GORENG HOMEMADE

resepi pes mee goreng

Bahan-bahan:

  • 250g cili kering (buang biji, rendam dan kisar)
  • 350g bawang besar (kisar)
  • 200g bawang putih (kisar)
  • 1kg petis udang
  • 100g perasa
  • 1kg cili sos
  • 1kg sos tomato
  • 1 botol kecil kicap lemak manis
  • ½–1 botol sos ikan/sotong
  • 500g udang kering (kisar halus)
  • 250g ikan bilis (kisar kasar)
  • 1kg minyak masak

Nota penting: Resipi ini tidak menggunakan garam kerana semua rasa datang daripada petis, sos dan bahan perapan.

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis cili sampai naik minyak

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan cili kering yang telah diblend. Tumis tanpa bahan lain sehingga betul-betul naik minyak.

Tips: Guna api kecil dan masak lama (±2–3 jam) untuk hasil sambal yang betul-betul pekat dan garing.

2. Masukkan bahan kisar tambahan

Bila cili sudah pecah minyak, masukkan:

  • Udang kering kisar
  • Ikan bilis kisar

Kacau hingga naik minyak sekali lagi.

3. Masukkan semua sos dan perasa

Kemudian masukkan:

  • Petis udang
  • Cili sos
  • Sos tomato
  • Kicap lemak manis
  • Sos ikan atau sotong
  • Perasa
  • Bawang besar dan bawang putih kisar

Kacau sebati sehingga semua bahan sebati.

4. Masak hingga pekat dan berminyak

Teruskan memasak hingga pes menjadi pekat, berkilat dan minyak naik ke permukaan.
Bila sudah cukup masak, tutup api dan biarkan sejuk sepenuhnya.

5. Simpan dalam freezer

Bahagikan pes dalam bekas kecil (bekas taufufah pun boleh). Simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.

Bila nak guna, cuma ambil dan terus masak, sangat jimat masa!

Cara Masak Mee Goreng Guna Pes

Bila nak masak resepi pes mee goreng ini:

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.

2. Masukkan 2–3 sudu besar pes (cairkan sedikit jika beku).

3. Tumis bersama ayam/udang/sotong jika suka.

4. Masukkan mee kuning dan sedikit air.

5. Kacau rata.

6. Pecahkan telur dan gaul sebati.

7. Masukkan sawi dan tauge (akhir sekali supaya rangup).

8. Tambah pes atau kicap jika perlu rasa lebih padu

Tips Sedap Mee Goreng Power

  • Masak cili sampai benar-benar garing untuk elak rasa mentah
  • Jangan overcook sayur supaya masih crunchy
  • Pes lagi lama disimpan, lagi sedap rasanya
  • Boleh adjust ikut tekak keluarga
  • Sesuai juga untuk berniaga kecil-kecilan

Kalau anda sedang mencari resepi pes mee goreng yang:

  • Tahan lama
  • Mudah digunakan
  • Rasa pekat dan padu
  • Sesuai untuk stok rumah atau berniaga

Resipi ini memang wajib cuba kerana sekali buat, anda akan faham kenapa ramai suka simpan pes ini sebagai stok wajib di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Delaila Abdullah

Baca juga: Resepi Pes Nasi Goreng Homemade Serbaguna, Stok ‘Emergency’ Bila Lapar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN