peria goreng telur

Cara menyediakan peria goreng telur ini cukup ringkas dan mudah. Menu ini merupakan masakan sayur yang menjadi kegemaran ramai, lebih lagi buat penggemar peria.

Bukan itu saja, sayur ini juga dikatakan bagus dimakan oleh penghidap kencing manis dan juga dapat memberi khasiat untuk kecantikan kulit.

Namun begitu, ada juga yang kurang menggemari peria disebabkan oleh rasa pahitnya yang kuat. Jadi, jom MyResipi kongsikan resepi tersebut serta petua untuk penghilangkan pahit sayur peria.

Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan

RESEPI PERIA GORENG TELUR

Tips hilangkan pahit peria: Potong peria, rendam seketika dengan air garam. Kemudian basuh semula dan sedia untuk dimasak.

Bahan-bahan:

  • 1 buah peria
  • ½ biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji telur ayam (digoreng hancur)
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang cili hijau
  • 1 biji telur ayam
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak menumis

Cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan ikan bilis dan tumis bawang putih dan bawang merah.

peria goreng telur

2. Apabila bawang sudah layu, masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan telur ayam dan hancurkan telur tersebut seperti membuat telur hancur.

4. Seterusnya, masukkan serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan serbuk kari.

5. Perasakan juga dengan serbuk perasa. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

peria goreng telur

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Sayur Meranti Masak Lemak Keledek, Lauk Kampung Yang Nikmat Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN