resepi pajeri terung

Resepi pajeri terung yang sedap rupanya tidak susah mana. Namun, ada petua yang perlu dilakukan supaya pajeri terung berkuah pekat dan lazat.

Jom baca resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Zalina Yahaya di bawah.

“Saya suka makan pajeri terung makcik ini. Dia berniaga. Cuba nasib tanya resipi. Seperti biasa jawapan orang kedai ialah: “Ala, sama je macam kau buat.”

Cuma kalau nak sedap kata achik itu, jangan tumis bahan tumbuk dengan rempah.

Apa-apa pun kau buat tak kiralah asam pedas, sambal tumis, kari, kalau ada bahan tumbuk macam bawang, halia, bawang putih, kau tumis dulu bagi betul-betul garing. Lepas itu baru masukkan rempah atau cili. Pasti biarkan sampai pecah minyak, kata achik itu.

Berdasarkan petua tersebut, saya cuba buat pajeri terung ini. Guna bahan asas membuat pajeri. Ikut langkah saya, anda akan dapat menghasilkan pajeri terung yang boleh dibanggakan. Resepi ini juga boleh digunakan untuk membuat pajeri nenas.”

Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!

RESEPI PAJERI TERUNG YANG SEDAP DAN PEKAT

1. Tumis bahan ini sehingga garing:

  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris)
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga

resepi pajeri terung

2. Kemudian, masukkan bahan di bawah yang telah dikisar:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering

3. Kacau hingga garing.

4. Jika sudah garing, baru masukkan masukkan:

  • 2 sudu besar rempah daging giling (Mak Bihah)

Jika tiada, boleh guna rempah kari daging jenama pilihan anda. Bancuh dengan sedikit air.

5. Kacau hingga pecah minyak.

6. Masukkan bahan-bahan berikut:

  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

7. Kacau sebentar hingga pecah minyak. Api perlu perlahan.

8. Masukkan terung panjang yang telah dipotong mengikut kesukaan (belah dua memanjang, belah dua tak putus, atau potong pendek seperti saya supaya muat dalam periuk tembaga kecil saya).

9. Kacau hingga sebati dengan rempah.

10. Masukkan santan anggaran 3/4 cawan atau mengikut kepekatan yang anda suka.

11. Biarkan hingga terung lembut. Sedia untuk dihidangkan!

resepi pajeri terung

12. Sedap dimakan bersama nasi panas. Ini cara saya, tetapi anda mungkin ada cara tersendiri untuk membuat pajeri. Jom, kongsi cara anda juga!

resepi pajeri terung

Kredit resipi dan gambar: Zalina Yahaya

Baca juga: Cara Perah Santan Lagi Pekat & Tak Cepat Basi, Rupanya Kena Guna ‘Air Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN